Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, September 30, 2010

Letak jawatan juga akhirnya aki tu ye..

Salam...

Dan akhirnya, Datuk Seri Sammy Vellu menggumumkan akan berundur pada tahun depan setelah 31 tahun menerajui MIC.

Apabila terpandang wajah dier kat Buletin Utama tadi, teringat akan kisah bagaimana dier merasmikan Pos Laju sekitar penghujung tahun 80-an kalo tak silap koi ..

Seperti yg diceritakan oleh sorang rodong dengan menggunakan gaya percakapan Datuk Seri Sammy...

" Dengan adenye Pos laju, ....semua itu amat mudah rakyatlah....inni...surattt... hari ini kirim semalam sudah sampailahh....

Lalu ditanya oleh seorang wartawan...

"Eh datuk ! , macammana boleh hari ini kirim semalam boleh sampai ?"

Lalu dijawab oleh Datuk Sammy.....................

Citttt tarak paham Bahasa Melayu ka?....hari ini kirim semalaman sudah sampailah....

Ooooo...wartawan tu mengangguk tanda faham walaupun dalam hati bapok le nak gelak sebab sebelum tu datuk tu kata..........hari ni kirim semalam sudah sampai....


Hehehee..............


Ye atau tak berlaku dialog gitu, koi tak pasti, tapi kalo rodong koi tu menggajuk cakap Datuk Sammy, pasti kome yg mendengarnya akan ketawa terkekeh-kekeh.....


Sekian....

Wednesday, September 29, 2010

Tukar 50 dapat 150..!..pedooh je..

Salam...

Kebetulan pergi Triang pagi tadi, kome berempat singgah jap ke MayBank utk keluarkan duit gaji.

Sambil2 tu koi bertanyakan pasei wang kertas spt gambo kt atas tu yang masih heboh diperkatakan boleh ditukar di bank dengan nilai berlipat kali ganda.

Tujuan koi bertanya pegawai bank tu semata2 utk kepastian sebab koi sendiri ada hampir 20 keping wang tu dalam simpanan.

Yg kelakornya, salah sorang kerani yg koi tanya tu ketawa besar bila koi cakap ' betoi ke' apa yg kome dengo dari mulut orang.

Sebelum tu pulok adalah sorang hamba Allah yg selalu jemput anak dier kat sekolah, sudah beberapa kali menukarkan duit tu kat bank dan gaya dier bercerita seakan-akan benda tu benar.

Tu yang kome konfius sangat tu. Nak percaya karang, rasanya tak logik langsung dengan setiuasi ekonomi negara sekarang yg jatuh merundum boleh pulak bagi duit kt orang ramai sebanyak tu.

Tak percaya karang, macam apa yg dicakap tu betoi. Siap dengan reaksi muka dan dengan tarikh dier pegi tukar cerita kat kome nih.

Maklumat berkenaan duit tu rasa koi bulan 6 dulu dah koi tahunya. Aseinya bank negara nak ambik dengan nilai Rm450 sekeping tapi kene tunggu semasa sambutan kemerdekaan dulu.

Pas tu pulak dekat2 nak merdeka, dengo pulak nilainya dah jatuh kepada RM200 sekeping. Dan ade pulok yg beritahu ada orang penah tukar duit tu tapi bila koi tanya sape dan tukar kat mane, takde pulok maklumatnye.

Sari dua ni, timbul lagi cerite tu. Jadinya kome kebetulan pegi Triang, dan koi pulak nak keluar duit, sambil2 tu bertanyalah kat kerani bank pasei tu.

Mase nak kuar dari bank tadipun, kome sesaja berborak pasei isu duit tu dengan pegawai bank yg koi rase berpangkat jugalah orangnya dlm bank tu.

Kate dek pegawai bank tu, menkala betoi .....org luar tak akan dapat duit tu. sebabnya org bank pun "lapor" jugak.. pas tu, gerenti duit yg ada lambang tu habis dek org yg keje kat bank je. Toksoh harap le org luar nak merase..

Dah berborak lebih kurang dgn pegawai bank tu tadi, dengan gelak ketawa, kome beredar dari situ dan kalo cerita ni masih disebut2 lagi oleh sorang penjaga tu, koi dan GB nak ajak penjaga tu terus keluar ke bank dan kome sangup beri dier RM30 bagi nilai sekeping.

Gitulah............kalo buat memperdooh nih, pandai sgt orang. Dengan kita2 sekalipun mboh terpedaya.

Cuma yg bagusnya, duit simpanan yg ade lambang tu, bolehlah koi belanjakan dengan senang hati dan tak payohlah koi simpan2 lagi...setelah dari bulan 6 dulu koi kumpul.

Kira2 macam menabung jugak la tu.....

Sekian....


Tuesday, September 28, 2010

Berkenan koi berurusan dgn pengurus Mayam nih...

Salam....

Hari nih koi ke pejabat Felda Mayam menguruskan masalah ladang sawit yg akan kome ambik bermula bulan 10 nih.

Ingatkan indon tukang potong buah felda tu ambik buah awal bulan tapi rupa2nya pagi tadi dah start potong. Rupa2nya felda potong buah 3 kali sebulan.

Kelam kabut jadinya bila adik koi cakap, betapa banyaknya buah yg sudah dipotong keknyer belum diangkut ke kilang.

Dengan semangat anak felda, koi bergegas ke pejabat petang tadi untuk menyelesaikan masalah pengambilan ladang nih.

Dalam hati, kalo pihak felda tidak benarkan, akan koi lawan habis-habisan dan akan koi bentangkan hujah2 dan fakta2 yang betapa ruginya kalo ladang tu masih diuruskan oleh felda.

Sangkaan koi meleset apabila , segala permasalahan felda yang masih belum ditukarkan nama kepada mak koi dilayan dengan berhemah dan berdidikasi oleh pengurus felda Mayam tersebut.

Dalam masa hampir setengah jam, segala masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan layanan yang diberikan oleh tuan pengurus amat memuaskan hati. Tambahan pula segala soalan yg bermain difikiran koi selama nih terungkai dengan penerangan yg lengkap oleh beliau.

Rupanya takde masalah lalu ambik ladang nih, janji surat menyurat koi buat dan hasil ladang pun akan dihantar ke felda jugak.

Lepas tu pulak, koi utarakan masalah buah yang dah dipotong oleh budak indon dan kalo boleh biarkan bagi kome ambik hasilnya. Sedangkan bulan 10 pun tah berapa hari lagi.

Sekurang2nya hasil akhir bulan 9 nih elok le diberikan kepada kome pulak merasanya, walhal sudah terlalu banyak hasil sebelumnya diambil oleh felda.

Kecek punya kecek, sampai melibatkan mandur buah, dan akhirnya koi berjaya jugak...

Sungguh gembira rasanya apabila urusan pengambilan ladang sudah selesai dan petang tadi hanya panggil lori aje angkut buah yang sudah siap dipotong.

Dengan harga RM 600 satu tan, rasa koi emboh dekat2 nak 4 tan buah tadi tu.

Sekurang2nya duit tu bolehlah digunakan untuk membiayai kos ukur sempadan, korek sempadan, buat jalan masuk baru, buat gate, beli peralatan, upah & beli racun, beli baja dan kos2 lain difikirkan perlu.

Dan bermula hari nih, koi rasa semangat lain macam aje untuk menguruskan ladang tu apabila melihat hasilnya yg mencecah ribuan ringgit sekali potong.

Harap2 biarlah hasil sawit tu sentiasa banyak dan harganya pulak sentiasa naik.....

Hehehehe.....

Sekian......





Sunday, September 26, 2010

Rezeki sebarau di Sungai Batu.

Salam....

Lepas jumpa batu sempadan di ladang mak kawasan Blok D, bergegaslah pulok kome menaiki Cherokee koi ke Sg Batu bersempadan Kumai menjalankan aktiviti kedua iaitu memburu ikan.

Dalam lebih kurang 3 jam menunggu, dapatlah rezeki hari ni, 3 ekor sebarau dan lebih kurang 3 kg ikan pelbagai spesis.

Dek sebabkan lama tak mencari ikan, rasa taknak balik umah pulok. Tapi memikirkan langit mendung semacam je, tambahan pulak hari dah lewat lohor, terpaksa jugaklah kome batalkan niat meneruskan pemburuan.

Sesampai je kat umah, betoi sgt le ramalan kome yg hujan turun bapok le lebatnya....

Tapi sape sangka, dalam sungai yg tak berapa besor sangatnya boleh terdapat ikan sebarau yang besor2. Kome dapat hanya sekor je, yang lain banyak terlepas lari.

Nampak gayanya, pemburuan sebarau di sungai tu tak berakhir hari ni...dan Insyaalah menkala ada kesempatan lagi, akan kome jejaki.....demi melepaskan ketagihan menangkap ikan.


Dengan wajah berpuas hati ahli kelab berpossing ambik gambo utk membuktikan yang sekor sebarau dan ikan lain telah tewas di tangan kome hari ni.

Sekian....

Saturday, September 25, 2010

Tua sangat ke aku ni !

Salam.....

" Gini pakcik.....nanti saya tanya kawan saya dululah........

Hahahaha.....dalam hati .....popalih, dipanggilnya pakcik koi ni yak !....

Barulah sedar yang diri koi nih dah tua rupanya.....yalah kan dah nak masuk zon Asar....

Tapi, budak tu tersasul ke atau sengaja memanggil gelaran tu, tak pastilah. Tapi yg nyatanya...memang dia panggl koi pakcik masa berborak dengan dia petang tadi.

Dan koipun tak kecik hatipun dengan panggilan begitu...maklum le.....dengan penampilan berserabut, pastu pulak pandangan agak suram2 kat Dewan tu, tak mustahil boleh digelar koi ni pakcik...

Ceritanya pasal......koi nak berjumpa dengan bebudak yang keje ngukur tanah LKPP Ladang Pejing yg kebetulan tinggal sementara di dewan Umno Purun nih.

Sebabnya pulak, koi nak mintak tolong seraya ngukur sempadan lot ladang Felda orang tua koi sebab cadangnya nak ambik balik ladang tu untuk uruskan sendiri.

Jadinya, petang tadi pegilah koi ke situ jumpa dgn bebudak tu.

Yg ada hanya sorang je, hok dua org lagi pegi ke CC nengok emel...

Lepas bersalam-salaman sambil perkenalkan diri dan hajat, berborak le kome...pasal tu. masa tengah boraklah dipanggilnya gelaran tu....hehehe....nak tergelak jugaklah koi apabila budak yg berumur pertengahan 20an memanggil koi pakcik....

Kalo bebudak umur bawah 12 tahun , tu biasa...Maklumlah tahun baru 2011 nanti koipun genaplah berumur 38 tahun...

Tapi koi tak kisahpun....kecik aje masalah tu....yg pentingnya budak2 tu setuju menolong koi mencari sempadan ladang sebab koi takut sgt terambik sempadan orang lain ataupun koi takut juga kurang sempadan.

Untuk lebih menyakinkan, lebih baik diukur dengan menggunakan alat ngukur yg sosifisikated tu supaya tidak timbul masalah di belakang hari....maklum le....masalah sempadan nih bukan boleh dibuat main2....

Lagipun, bukan suruh tolong saja je.....kira upahlah jugak....

Kot manapun, ladang orang tua mengandungi pokok sawit yang dah berusia 10 tahun seluas 10 ekar tu tetap akan koi uruskan sendiri sebabnya jauh lebih untung berbanding sekarang.


Wassalam.....

Wednesday, September 22, 2010

'Aduan Rakyat'..dah habis ...kena tukar rancangan lain...

Salam...

Errrk...malam ni habis dah episod Aduan Rakyat yg disiarankan setiap malam rabu jam 9.00 malam.

Selama tersiarnya aduan rakyat ni, banyak jugaklah masalah rakyat dapat diselesaikan dan dengan aduan rakyat jugaklah, ramai agensi kerajaan atau bukan kerajaan tak duduk senang apababila orang ramai menyiarkan kesulitan di tempat mereka.

Sekurang2nya dengan adanya segmen ni, sekurangnya YB2 kat kawasan mereka lebih cakne dengan kesulitan penduduk.

Dengan adanya rancangan inilah Felda kome keluar TV. Keknya masalah yang melanda tak selesai2 jugak.

Sambil2 tu Moh tengok......


Entahlah......gamoknya TV 3 kena siarkan rancangan " Rakyat dah hamun " atau " Rancangan Mari tukar YB" kot baru masalah air di sini dapat diselesaikan...

Apa yang koi cakap tu berasas sebenarnya....buktinya...., moh pegi sini ....bukak paip air.... pastu tanyalah penduduk kat sini......pasti ramai yang dah bosan dengan masalah ni yg tak penah selesai...

Masa raya dulupun, tak senalo ada air , minggu ni pun dah dua kali juga air tak kuar...esok lusa tak tahulah pulak gone gayanya...

Dalam akhbar Sinar Harianpun baru2 ni keluar masalah air ni lagi. kalo tak silap raya ke 4 atau kelima...gitulah...

Apa kata jemput YB tinggal barang seminggu dua kat rumah2 berada di tempat tinggi dan merasa betapa seksanya apabila kemudahan asas disediakan tapi tak berfungsi dengan baik...

Ibarat cucuk kad Bank kat ATM....tapi duitnya tak keluar.....

Kot manepun, koi ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada JBA Pahang yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah air kat sini walaupun boster pam yang tengah dipasang kat tangki air kat Purun ni tak siap2 lagi...dan tersadai begitu je dari sebelum raya hingga ke hari nih.

Tapi, sekurang2nya masalah air taklah seteruk sebelum ni walaupun kadang-kadang paipnya tak berisi air...dan peningkatan penyelesaiannya bolehlah dikatakan drastik walaupun tidak sampai tahap 100%.



Sekian.....



Tuesday, September 21, 2010

Hari ni bermula penentuan...

Salam....

Hari nih, esok dan lusa bebudak tahun 6 mengambil UPSR. Dan keputusannya akan diketahui dekat2 nak cuti penggal nanti.

Hari nih, rata2 cikgu yg terlibat dengan bebudak peksa terutama subjek BM dan Mate tak duduk diam. Hati sokmo dup dap dup dap....berdebor2 rasenyer.

Nok buat bende lain rasenyer takde mood dah sebab mikirkan UPSR yang belum selesai.

Pengaruh UPSR dalam dunia sekolah rendah ni begitu ketara dan terlalu penting. Kejayaan sesebuah sekolah dah taraf pendidikan di sesebuah sekolah hampir 90% diukur berdasarkan pencapaian UPSR.

Disebabkan itulah, rata2 cikgu2 yg mengajor subjek UPSR cukup bimbang dengan hasil yg akan diperolehi . Walaupun kalo nak dikira, segala ilmu yg ade telah dicurahkan, manakala begitu banyak program telah dijalankan, namun rase risau tetap ada dalam hati setiap guru tersebut.

Setakat nih, rasenyer sekolah koi telah sempurna menjalankan setiap program yg dirancang dan sehingga saat2 akhir calon nak masuk dewanpun, ada lagi program akhir yg menunjukkan semangat dan komitmen yg tinggi pihak sekolah terhadap penentuan UPSR ni.

Semuanya ini terserah kepada calon yang menjawab soalan dan takdir Allah SWT yg menentukan sama ada sekolah koi ada peningkatan atau sebaliknya.

Apa yg diharap, sememangnya ada peningkatan dan keyakinan tersebut tetap tinggi berdasarkan usaha yang telah dilakukan selama nih.

Dan andainya pencapaian jauh merosot............................tak tahulah pulak apa yg akan berlaku pada tahun depan......mungkin kome akan dilawati oleh pihak2 tertentu yang sememangnya kalo boleh dielak.......baik dielak...

Tengoklah gone gayenyer.....harap2 biarlah berita gembira mengiringi kome disaat keputusan dikeluarkan....

Dan akhir sekali yg paling penting adalah keikhlasan dalam menjalankan tangungjawab sebagai seorang guru.

Wassalam...

Wednesday, September 15, 2010

Pensel warna punya cerita...

Salam....

Awak mari sini !... ye ...awok la....ce mari sini kejap. Cikgu nak tanya nih...

Awok takde pensel warna ke ?..

takde ( isyarat menggeleng kepala).

Ngape ? Mak tak beli ke?

Tak...( dengan nada perlahan + rasa takut)

Ayah sape nama ?

si .........

oooooo...( dalam hati tak berapa kenalpun)

Ayah keja apa ?

entah....tak tahu....

Mak pulak keje apa ?

kedai makan...

kedai makan kat mane ?

kedai .........................

oooooooooooooooooooo...( dalam hati ...rupa2nya anak si ............................. )

ok lah....gi duduk semula dan balik nanti cuba mintak kat mak belikan pensel warna...


Senario yg berlaku pagi2 lagi sewaktu koi masuk ke kelas tahun 1 ngajar pendidikan seni.

Dalam banyak2 kelas, kelas nilah antara kelas yg paling koi hamun bila nak masuk. Bukannya tak suke, tapi kurang minat dgn mengajar murid Tahun satu nih....

Dan tiap kali masuk, tah berapa kali koi nengok jam....dan berharap sangat agar putaran jam tersebut lebih laju dari kebiasaan.

Dan pagi nih, kelas tu tak ramai yg hadir kerana suasana raya masih terasa tatkala sekolah lain sedang enak bercuti.

Disebabkan hanya separuh yg hadir, koi berikan tugasan mewarnakan gambar sahaja tanpa perlu melukis dan membawa kertas lukisan.

Sedang duduk di meja guru memerhatikan tingkah laku murid mewarna, perihal sorang murid menarik minat .....

pinjam warna ....

Tokleh...

pinjamlah kejap....nanti saya asah...

tokleh....( sambil menarik bekas warna ke dalam meja)

Kemudian ...beralih ke meja lain...

...............pinjam warna ....

takleh....

alah....pinjamlah...

takleh...mak saya pesan jgn bagi org lain pinjam, nanti cepat habis...( juga menyimpan ke dalam meja)

Beralih ke meja lain.......

Begitu juga .....

Dan akhirnya...kembali ke meja sendiri dan meneruskan mewarna hanya menggunakan pensel biasa yg sudah uzur dan patut kalau diganti baru..

Apabila sebut saja mak keje kat situ......koi kenai anak sape dan tak heranlah jika senario tersebut berlaku...

Ayahnya koi kenal.......keje kampung.....cuma koi kurang berodong dengannya..

penah juga koi dengar dari mulut orang dan drpd penampilannya pun....ada iras2 ...

tapi tak baik koi nak menuduh tak tentu pasal....

Maknya pula....seorang wanita yg tabah...

tahun lepas penah keja kat kantin sekolah ni.....

tapi pengusaha baru tahun nih, diapun dah tak keje lagi....

sebelum posa dulu...maknya keja kedai makan si......

memang pastilah.....tapi....entahlah....

rasanya kedai tu lama dah tak operasinya....

Cuma.....koi mudah sebak jika perkara begitu berlaku...

keinginan si kecil terpaksa dipendamkan gara2 desakan hidup keluarga....

dan kadang2....koi terfikir....kalaulah anak koi jadi gitu...........



Sekian......


Monday, September 13, 2010

Kurang merioh rasenye raya tahun nih...

Salam...

Koi sekeluarga macam biase le...tok ke mane2pun raye nih. manekan tidok, nok kone lagi kalo laki bini setempat.

Dok kulu kilir jelah...sekejap ke pringkat 1, sekejap kang pegi peringkat 2 umah mertua.

Tapi raye kedua, kome adik beradik sempat jugak le menziarahi uwan koi kat kg Telok Sentang nun.

Sementara uwan tu ade lagi, besok2 kalo dah takde, rase koi takmboh dah koi ke sane gamoknyer.

Tapi koi nak kaitkan dgn suasana raye tahun ni di kg koi. Rasenye berbanding dgn tahun dulu2, tahun ni agak suram sikit.

Koi peratikan, kunjungan dari rumah ke rumah tak semerioh dulu2. Kalo dulu2 umah mak koi te, tak putus2 tetamu terutama nye kanak2 datang, tahun nih....agak kurang sikit.

Begitu jugak dgn rodong lama. tak ramai yg koi jumpe. Gamok koi ramai yg kaloh undi tahun ni. beraye kat umah mertua.

Tapi kome tetap bersyukur sebab dapat merayekan hari yg mulia nih tanpa sebarang musibah walaupun malam raye tu, takut jugak nak naik motor pegi surau sebab banyak sangat letupan2 yang dibaling dek bebudok atas jalan raye.

Takut jugak bahannyer terlempor kat kita waktu tengah bawak motor...popalih...main ngan api...bahayanya toksoh ceritalah...

Sekian...


Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut Aidilfitri...

Salam....

Buat rodong2 yang selalu mengunjungi blog koi nih dan hok selalu meninggalkan ulasan ter, terutama rodong2 kamcing dalam alam maya nih, koi dengan rase rendah diri mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.

Tak lupa juga buat pengunjung2 yg selalu jengok tapi takmboh meninggalkan ulasan, ucapan SELAMAT HARI RAYA juga turut koi ucapkan.

Bagi pengunjung yg mungkin tersinggung dengan apa yg tertulis di dalam blog koi nih, jutaan ampun dan maaf daripada koi. Mungkin koi tak sengaja atau disengajakan dalam menulis gitu.

Akhir kata, selamat menyambut AIDILFITRI dan ketemu kita lepas raya nanti....

MAAF ZAHIR BATIN.

JEMPUT LE DATANG UMAH KOI KAT KOMPLEKS GURU FELDA PURUN ATAU DI FELDA MAYAM.


Wassalam...

Monday, September 6, 2010

Patut ke hanya dengan meminta maaf aje????

Salam....

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) hari ini memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

Kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI). Iklan yang disiarkan sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena hari raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.


Elok jugalah diharamkan agar orang islam lebih membuka mata dengan kejahatan pihak2 lain yang sewenang2nya cuba merosakkan akidah umat islam di sini.

Dan diharap lepas ini banyak lagi perkara mungkar yang bertentangan dengan nilai2 islam dilupuskan serta merta.

Cuma koi berfikir...............patutkah hanya dengan meminta maaf je....

Saturday, September 4, 2010

Rasa kurang dah belanja...rupa2nya...dok jugak...

Salam....

Kalo cerite pasei duit, toksoh kabo lah nok berjimat...pedooh je.

Kalo dah terpakse, kot manepun, kene beli jugak biorpun tak banyak, tapi kalo dah sikit2 lama2 jadi banyak jugak.

Ini kisoh pasei duit . Minggu lepas koi kuar seribu dari mesin ATM buat belanja.

Tup tap tup tap...hari ni kuar lagi seribu ringgit sebab duit yg dikuarkan minggu lalu tu dah tinggal 5 hinggit je buat bayor macam bende dekat nok ke raye nih.

Ni tak tahu lagi lepas raye macam mane pulok. Dgn duit seribu nihlah nok beli dagingnyer, nok sedekah duit raya kat anok2 sedare dan bebudok yg datang umahnyer. Nak beli kuih rayenye....dan serba serbilah berkaitan dgn belanja nok raye nih.

Silap gayanyer, lepas raya ni, harus kene kuar duit lagi..hok balen2 yg ade dalam bank tu.

Toksoh kabo lah nok berjimat kalo semua bende kene beli. Kalo dulu2 bolehlah nok berjimat sebab harga tak naik melampau.

Ini kuih bulan posepun dah ade yg juei singgit 3 ketul. Setakat beli singgit, pada dgn anak koi sorang je melantoknyer.

Toksoh kabo lah nok berjimat kalo semua bende kene baru. Baju baru, seluar baru....cume bende2 yg besor2 dan mahei2 je tokleh nak ke barunyer....tapi itu belum lagi nak bini baru.....

Toksoh kabo lah nok berjimat kalo gaji banyok tu yg dapat, belanjopun banyak hok yg dapat tulah....maknanya, kerajaan bagi duit gaji serta duit raye tu betoi2 disuruhnye berbelanja dan dia tak kabo suruh simpan...

Biorpun hari ni kuar duit 500 lebih pasei pasang tintet kat jeep tu, tapi hakikatnyer.....bior le perabih takpe....janji hati puas...walaupun sedikit rase ralat sebab habis banyak tu....tapi bende dah berlaku...nok buat macam mana....terima ajelah...

Tapi kalo kita pegang kata2 keramat " Duit itu ibarat janggut, habis dicukur, tumbuh semula".....itu semua menyebabkan perasaan ingin berbelanja tu menguasai sikap ingin berjimat...

Begitulah adenyer...

Thursday, September 2, 2010

Bila dah dekat nak raya...

Salam...

Bile sampei ujung2 posa nih, macam2lah meragamnyer. Nengok ke lauk2 yg ade di bazar ramadan, takde dah yg seleranyer.

Nak beli lauk mentah pulak....puas pening mikir....bende le lauk nak dibeli nih....

Itu bab lauk pauk hok kite makan sokmo2 mase berbuke tu.

Pasei buluh lemang satu hei lagi..... nak beli ke nak cari sendiri. Itu yg menjadi persoalannyer.
Nak beli kene kuarlah modal Rm15 je....tapi nak seronok pulak, boleh ikut ahli2 kelab pegi cari sendiri kat hutan2 berdekatan.

Pastu tu bab lauk raye nanti pun menjadi satu agenda utama. Bese2nyer koi buat tempahan kat sorang peneroka kat sini yg sembelih kerbau.

Boleh nak beli daging2 yg ade dijual kat kawasan perniagaan sini, tapi koi takut tersalah beli...beli daging yg disumpit dengan pelali. Naye jadinyer.

Jangan weh....ramei tak tahu yg ader sebilangan penternak lembu nih, nak mudah keje, sari sebelum menyembelih.....disumpitnyer lembu tu tadi dengan pelali supaya tumbang bagi mengelakkan dari nangkap dengan guna tali.

Ce bayangkan, sebesor2 menatang tu boleh pengsan dengan ubat pelali tadi tu. Inikan pulak kita yg makan dagingnyer.

Kalo mengikut jabatan haiwan, lembu yang disuntik dengan pelali, paling kurangpun sebulan, baru boleh disembelih sehingga lembu tu tadi betul2 segar.

Bab nempah lauk kerbau ni pulak, yg menjadi masalahnyer, peneroka ni tadi tak beri jaminan sama ada boleh dapat ke atau tak kerbau dier. Boleh buat tempahan, tapi jangan bercagor sangat.....katenyer.

Satu lagi dekat2 nak raye nih, mood sembahyang terawih semakin menurun. Kalo dulu.....cukup semangat pegi masjid nih.....

Ini pegi jugak, tapi tak le sesemangat mula2 tarawih dulu. Tengok ke jemaah yg datangpun...tak ramei dah. Mula2 dulu sampai 8 saf...kini tinggal dalam 4 saf je....

Bile dekat2 nak raye nih, borok2 malampun tak ade berkisar bende lain dah.....cerite pasei kuih, pasei mercun, pasei buluh lemang, pasei daging, dan entry koin kali nih pun berkisar hok di atas tu...


Apa2 hal....sabor jelah...bukan lama dah nak rayenyer......cume tunggu je lah....

Sekian.....