Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, May 30, 2010

Raja Pot punya 200 penagih d bawahnya.

Salam...

Buletin Utame tadi menyiarkan kisah sorang pengedar dadah kat Terengganu ditangkap oleh polis.

Gelaran Mat Pot diberikan kat pengedar tu yang kabornye ade 200 penagih kat bawahnya.

Koi rase le, lebih kot 200 penagih kalo barang sampai berkilo2....harus 2000 kot.

Itu antare sorang dari beratus2 pengedar yg telah dicekup. tak pasti lah pulak berape ramei lagi pengedar yg masih aktif yg menyebabkan betapa ramei remaja melayu yang rosak disebabkan bende haram jadah tu.

Agak2nye bile le negara kite ni aman damai dan bebas dari gejala penagihan dadah yang kadang2 menyebabkan kite jadi takut dengan gelagat mereka ni apatah lagi kalo waktu2 kite meninggalkan rumah ....


Sekian......

Friday, May 28, 2010

Cuti lagi...

Salam...

Selamat bercuti buat semua.........bersedialah menerima berita beberapa subsidi akan dimansuhkan...

Koi tak kisah kalau subsidi tu dimansuhkan andainya gaji kakitangan awam dinaikkan..............hehehe


Sekian...

Tuesday, May 25, 2010

Berharap agar harga baja diturunkan.

Salam...

Minggu lepas koi beli baja sebatian 15:15:15 import luar negara kat Triang dengan harga RM105.

Lebih kurang 2 bulan lalu, harga baja yg same RM 110 seguni.

Ada le penurunan sikit berbanding tahun lalu yang hargenye sampai mencecah RM140 seguni.

Manakala baja campuran NPK cap 3 bintang pulak, 2 bulan lepas sekitar RM 64 seguni tapi minggu lepas koi ambik kat stor sini sebanyak RM72 seguni.

Baja import 3 x 15 tu ada penurunan walaupun tak banyak, tapi baja keluaran Malaysia pulak naik hargenye.

Tak pasti le pulak kot2 harga di sini mahal berbanding dengan harga di Triang sane tu, tapi kalo maheipun, mungkin sikit aje bezanye.

Boleh kalo nak beli baje 3x15 keluaran Malaysia tetapi, kene bubuh banyak le sikit. Biase2nye yang import bubuh dalam sekilo, yang Malaysia ni...kene bubuh lebih lagi sekilo.

Fikir2...baik beli yg import, lebih terjamin keberkesanannya dan tok le banyak guni kene beli.

Hok cap 3 bintang tu, baja campuran. Sesuai sgt la kalo pokok dah mula keluarkan buah kerana selain untuk daun, batang....kandungannye jugak lebih kepada baja buah.

Itu bab baje....yang racun pulak biase koi beli jenis acomix 20 liter. Dulu koi beli RM110 setong, kini harganya dah naik RM 120 pulak.

Kalo dulu2 lagi le teruknya, harganya melampau sehingge mencecah RM 400 setong. Jenuh membelinya.

Koi ingat dalam setahun dua lagi kalo harge baje semakin naik, harus koi gune baja tahi ayam macam Al Makaraqi buat tu agar lebih jimat dan mudah menaburnya. Letak aje seguni sepokok....bior kuar hasil yang lumayan...mudah2an....

Gone...Sop.....bole koi dapatkan stok awok nanti?.....

Sekian...

Thursday, May 20, 2010

Sambutan yg gempak...

Salam....

Biarpun sambutan hari guru sudah berlalu, namun sekolah koi baru menyambutnye pada hari semalam.

Setelah 14 tahun merayakan di peringkat sekolah, kali ni sambutan yang dijalankan membuatkan koi begitu teruja dengan aktiviti2 yg dijalankan.

Dulu2 perhimpunan pagi dijalankan di dataran, tapi kali ni kome diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar serta iringan muzik gamelan semasa berada di pentas utama.

Sebagai kenang2an koi rakamkan beberapa aktiviti yang sengaja koi simpan di zon maya ni supaya manalah tahu 10-30 tahun akan datang, anak2 koi boleh tengok balik gone gaya majlis sambutan hari guru semasa zaman ayahnya dulu kat sekolah.....


Tentatif program yang koi tolong buatkan di saat2 akhir...

Guru dan AJK PIBG sama2 menyanyikan lagu tema dan lagu guru Malaysia.

Bacaan Ikrar guru...

Hadirin di dalam dewan

Habis acara di dewan, guru2 berbaris untuk menerima hadiah drpd murid2...sambil bersalam-salaman.

Acara sukeneka yang penuh dengan penipuan...

Murid2 diberi roti dan sebotol air mineral sumbangan sekolah sebelum acara pentas dimulakan.

Guru2 dan staff sokongan perempuan membuat persembahan tarian...


Antara murid yang mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Persembahan Pelajar Pendidikan Khas...

Tugas rutin koi bila aktiviti sekolah....

Pekerja kontrak dan jaga sekolah ....inilah masa nak santai...

Persembahan pelajar tahun 6 yang menggamatkan dewan walaupun takn sampai 2 hari berlatih..


Cabutan bertuah murid....seorang guru sediakan 3 hadiah untuk cabutan....

Guru lelakipun turut sama buat persembahan..

Mantan GPK Koko menerima hadiah perpisahan daripada Kelab Guru.

Dan majlis kedua meriah selepas jamuan.......pertukaran hadiah antara guru. Nilai RM 30.00 dan tema tahun ni adalah febric..


Dengan berakhirnya Sambutan hari guru ni, secara tidak langsung berakhirlah satu aktiviti kelolaan KGKT yang wajib dijalankan tiap2 tahun.

Malam ni satu lagi aktiviti KGKT iaitu Majlis Bacaan Yassin dan solat berjemaah serta sedikit usrah bagi pusingan kedua...

Sekalung tahniah buat jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan persiapan khas untuk merayakan diri sendiri.....

Sekian........

Wednesday, May 19, 2010

Ilmu jerat dan perangkap...

Salam....

Semalam dah mulenyer program perkhemahan Alam Sekitar Sekolah Rendah Daerah Bera kat Pusat Kokurikulum Bera..

Lebih kurang pukul 11 pagi lebih koi sampai kat situ bersama sorang rodong dari Purun nih..

Tengok kepada agihan tugas yg diberi, koi diletakkan kepada aktiviti ikatan & simpulan dan ilmu jerat.

Di samping aktiviti lain yang menguruskan kraf perkhemahan sereta taklimat memasang khemah.

Bab tali nih, sokmo le kene bile ade aktiviti perkhemahan nih, memang tokleh lari dah sebab tak ramei jurulatih yg mahir dalam ikatan dan simpulan nih...

Masalahnye hari keduanye iaitu hari ni, koi takde sebab sekolah koi buat sambutan hari guru. Sedangkan hari ini le semua aktiviti tersebut dijalankan. Begitu juga dengan tokey jerat, pun takde jugak hari nih...

Bincang punye bincang, bahagian jerat, takpe le, kome siapkan dulu dan bab tali, nasib baik ade sorang rodong jurulatih tu tahu sikit2 bab ikatan yg asas nih.

Lepas habis siapkan keje2 mane yg perlu, kome bertiga masuk le ke dalam belukor kat tepi tapak perkhemahan tu memasang dan menyiapkan jerat dan perangkap.

Dah siap, mudoh le keje jurulatih yg tinggal tu, cume bagi penerangan aje kat bebudak tu nanti.

Yang dalam belukar tu, sebab dah lama tok dikunjungi, berpestalah nyamuk kat dalam tu....jenuh lalu bertepis....sampai berbulu kat kaki ngisap darah kome. Rase koi kalo semalam tidur kat dalam tu...mboh kering daroh kome kene hisap gamoknye...

Maka, setelah hampir kat 2 jam campur pening kepala mengingatkan balik gone nak pasang pesawat kat perangkap kancil tu, siap jugak le dua jenis jerat dan satu perangkap kancil.

Hajatnye nok buat banyak2 bagi bebudok tahu ilmu jerat ni, tapi mengenangkan mase semakin suntuk dan dah tak tahan kene gigit dek nyamuk, kome buat 3 jenis je le yang mudah2.

Boleh sgt kome nak buat jerat belantik ke, jerat ranjau ke, jerat tupai ke, jerat tikus , monyet atau serkap ayam, tapi maklum le....tenaga cume 3 orang, badan pulak dah letih...tak jadi le nak buat banyak2....

Cume sekadar nak bagi ilmu, 3 contoh tupun dah memadai sebab kebanyakan konsep jerat ni sama je.....

Yang ni jerat burung, terutama spesis merbah yang payoh nak hinggap kat tanah. Kome siap umpan dengan buah betik lagi, kot2 ade mengena nanti.

Jerat biase koi buat mase kecik2 dulu. namanye jerat sembat. Biasanye dulu2 koi letak beras sebagai umpan sebab nak tangkap ayam...ni saje je letak umpan betik kat situ. Nak harapkan ayam hutan, mane mboh datang tempat orang riuh rendah kat situ...

Sorang rodong tengah memasang perangkap kancil yang kome buat dengan cara paling mudah . Cume susun je kayu dalam 13 batang, pas tu jalin kiri dan kanan sebelum bengkokkan dan letakkan 2 kayu penahan sebelah kiri dan kanan.

Koi ambik gambor suis atau pesawat jerat tu, sebab nanti kalo lama tok buat, puas ngingat balik ke gone gaya nak pasangnya...

Yang ni perangkap kancil dah siap dipasang ....biasanya orang guna daun maya sebagai umpan , tapi kali ni, kome takdan nak cari daun tu kat sebelah belakang kem ni, kome guna daun kayu yang ada kat situ je sebagai contoh umpan die...

Lepas siap aje pasang, kome turunkan pulak ilmu penerangan kat jurulatih yang tinggal supaya dapat memberi penerangan yang lebih jelas apa beza jerat dan apa beza perangkap serta cara dan bagaimana memasangnya.

Selain tu ilmu2 lain yang ada kaitan dengan ilhtiar hidup nih turut diterangkan kepada murid2 zaman sekarang nih yang sudah lupa ilmu2 orang dahulukala bagaimana cari makanan di dalam hutan...

Sebelum koi akhiri coretan nih, koi nak tanya le rodong2 kat luar tu......

Apa beza jerat dengan perangkap ?

Sape2 yang dapat beri jawapan yang tepat, awokme memang bijak.....hehehehe

Sekian....

Monday, May 17, 2010

Bila aktiviti bertindih....

Salam....

Minggu ni bolehlah dikatekan minggu yg sibuk bagi koi dan rodong2 sewaktu dengannye..

Rabu ni sekoloh koi nyambut Hari Guru yg mane koi jadi Pengarah Projeknye disebabkan title Pengerusi KGKT.

Lepas satu2 bende yg kene koi uruskan. Nasib baik le AJK yg ade jenis cekap buat keje. Tok le koi pulun belake.

Pas tu pulak start esok ade pulak Program Perkhemahan Alam Sekitar Sekolah Rendah di Pusat Kokurikulum Bera sampai Khamis nih. Dapat pulak surat jadi jurulatih.

Tok pegi karang takut rodong2 jurulatih kecik hati pulak sebab dah le jurulatih yang benar2 terlatihnya toh berape kerat yg ade.

Pas tu pulak, ade rodong beritahu, kalo koi tak pegi, yang lain tu mboh tak pegi same.

Hajatnye esok pegi lapor diri, Rabu balik sekoloh, Khamis pegi pulak kat sane.

Disebabkan tahun ni baru nok ngacu jadi jurulatih perkemahannya, teringin pulak nak pegi walaupun dalam surat tu tulis hanya ' sekian terima kasih aje'.....maksudnye takde claim le tu....

Malam Jumaat ni pulak kumpulan koi tuan rumah bagi program Usrah kat sekoloh. Cadangnya gotong-royong sesame ahli kumpulan memasak nyediakan jamuan.

Nok tak nok, kene jugak tolong mane yg patut. Takkan datang makan aje malam tu. Dah le jamuan tu nanti koi yg syorkan iaitu gulai lemak kuning daging salai...

Realitinye.....semua bende dalam mase yg sama .......yang perlu dibereskan ibarat kata pepatah " menarik rambut dalam tepung"

Tapi yang pastinye...........................biar apa saje......janji hati koi bahagie.....

Kah kah kah.........( nak kate ape lagi kan, " Saya Yang Menurut Perintah"....

Wassalam...

Saturday, May 15, 2010

Agak2nya apa perubahan untuk guru esok...

Salam....

Koi jarang menulis pasal guru ni. Sebab koi juga seorang guru, seorang pendidik yang melalui bermacam2 karenah murid demi menjadikan mereka seorang insan.

Koi cari makan dengan profesion ni dan apa2 kepincangan yang berlaku dalam dunia pendidik ni malas koi nak ulas walaupun banyak sangat yang tak kenanya.

Setelah berkhidmat hampir 13 tahun setengah, banyak pengalaman telah koi lalui sebagai seorang guru.

Sepanjang pengalaman yang agak baru dalam era perguruan, bertapa koi mengerti susah dan senang tugas guru.

Cabaran demi cabaran tetap koi lalui. Karenah biokrasi, pentadbir, rakan2 guru, murid, malah penjaga tetap koi hadapi walaupun kadangkala ada saat dan ketikanya terasa hendak bersara aje dari menjadi guru.

Tetapi apabila difikirkan betapa bertuahnya menjadi seorang guru, koi tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.

Dan kini era perguruan terus menerus semakin mencabar, dan koi tetap menyahut cabaran menjadi guru walaupun apa jua yang mendatang.

Kerana koi seorang guru.

Apa2 jua.........SELAMAT HARI GURU.....

Sekian,.....

Thursday, May 13, 2010

Menarik, tertarik SK Purun memang "The Bomm.."

Salam....

Lupekan pasei soklan mate yg memeningkan kepale bagi entry lepas tu.

Bior le soklan tu terus jadi misteri yg tak terungkai oleh otak kite2 nih..

Kali ni moh nengok gambo Kejohanan Olahraga kali ke 15 sekoloh koi yg berlangsung pagi sampeilah tengah harinye...

Bukan koi nok cerite :

Pasei murid yg ambik bahagian,

Pasei guru yg semangatnye mengalohkan jurulatih pasukan badminton Malaysia.

Pasei betepe letihnyer kome menguruskan sukan nih...

Pasei perasmi berucap dengan penuh semangat dan dengan nada yg sinis menyindir penjaga yg terlalu ciput hadirnyer,

Pasei penjaga kat sini yg tak minat nengok anak die berlari,

Pasei meriohnye acara pembarisan yang dengan hiasan sekali pandang ada iras2 makhluk asing turun ke bumi macam cerite Jidin malam Isnin tu...

Cume koi nak beritahu pasei tahun ni ade kelainan yang begitu unik sekali.

Bab sukan nih, semua sekoloh buat. Beso dengan kecik je, merioh atau tidok je....

Tapi setakat ni sejarah kat Daerah Bera nih....sekoloh koi yg pertama2nye menjemput Pasukan Tambor dari Rejemen Renjer Diraja Kem Batu 5 mengadakan pertunjukan Tambor yang begitu mengasyikkan sekali.

Borok2 dengan Drum Mejor pasukan tu tadi, dia kate...sekolah koi merupakan sekolah keenam dalam tahun ni menjemput pasukannye buat pertunjukan. Dan kat Daerah Bera nih....pertama kali datangnye ....

Memang dasyat dan mengasyikkan walaupun kos untuk menjemput pasukan tu RM500.00. Tapi semua orang yg nengoknye pasti terhibur dengan 2 kali pertunjukan diadakan selain daripada mengiring acara pembarisan masuk kontigen...

Koi pulak berpuas hati jugak le sebab incas pertunjukan tu dipertangungjawabkan kepade koi......

Tapi.............jemputan tu, gamoknye adalah merupakan kali pertama dan terakhir kat sekoloh nih.....

Tak tahu le esok2 GB baru yang bertugas kat sekoloh ni, minat pulak menjemput pasukan tu....

Malas koi nak cerite panjang, kat bawoh ni ade le sikit gambo yg sempat koi tankak jangan ke tidok.....

Senario gambo sebelah pagi, mase koi tak berape sibuk....boleh le snap gambo mana yg patut..

Edisi special yg dipersembahkan oleh Pasukan Tambor tu.....memang koi akui, kali pertama dalam hidup menyaksikan secara langsung persembahan tu......

Rase koi semua yg ade tadipun same cam koi jugak.....gamoknyer...


Acara perbarisan yang penuh warna warni......hebat memang hebat....ape ke tidoknyer...semalam hampir 2 jam koi dan beberape guru termasuk GB sekali buat raptai penuh...sampai berpeluh2 le....

Tahun ni kome jemput En. Jahya Bin Janal Pengurus Besar Wilayah Felda Mempaga untuk merasmi....Dapat le sekolah ni sumbangan satu ribu ringgit buat menampung aktiviti lain yg akan dijalankan....
Hajatnye nok mintak banyak2, tapi......org dah bagi banyak tu......bersyukur jugak le daripada langsung tak dapat...

Koi tak sempat nok ambik banyok gambo penerima hadiah...maklum le tugas tu bukannye koi yg buat...ade org lain yg khusus ambik gambonyer....

Yg dapat koi ambik gambo anak koi ambik hadioh je......bangga abohnye tengok anak berlari dapat no 1 dan tersenyum2 dapat maddle...

Antara senario dah masuk ke tengah hari.........cuaca pulak panas.......tapi itu lebih baik drpd hujan.....

Dan yang paling penting, habis sukan nih bermakne lepas nih tak perlu le kome pegi sekolah petang2 melatih budak2....

Dan lepas nih sebelah petang, boleh le koi tumpukan pulak kepada aktiviti menguruskan kebun yang jarang2 koi kunjungi sebelah petang lantaran kesibukan di padang....

Wassalam....