Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, September 24, 2010

Mengelirukan ke ???

Salam...

Petikan berita dalam sinar harian hari ni ....

Ibu dakwa soalan UPSR mengelirukan

AYER LELEH - “Cukup mengelirukan. Saya sendiri pun tidak tahu makanan apakah yang dimaksudkan dalam soalan itu.” Begitulah dakwaan seorang ibu mengenai satu soalan kertas subjek Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menanyakan mengenai proses pembuatan sejenis makanan bergelar ‘opak-opak.’

Dalam soalan itu terkandung dalam Bahagian A kertas itu, calon dikehendaki menyusun proses pembuatan makanan itu mengikut turutan yang betul.

Roshaizah Muhamad Amin, 41, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai soalan itu oleh anaknya yang menduduki peperiksaan itu semalam.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu apakah itu opak-opak, walaupun menurut bapanya ia sejenis makanan tradisional.

“Saya rasa adalah tidak adil calon ditanyakan mengenai perkara yang mereka langsung tidak tahu. Malah, saya difahamkan soalan sebegini langsung tidak ada dalam buku teks mereka.

“Mungkin sesetengah calon tahu menjawab tetapi daripada apa yang saya tahu, ramai langsung tidak tahu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Roshaizah, dia berharap Kementerian Pelajaran, khususnya Lembaga Peperiksaan akan lebih berhati-hati dengan soalan dikemukakan pada masa hadapan.

“Saya bukan apa, cuma kasihan melihatkan mereka (calon). Sudahlah tidak tahu apa yang dimaksudkan, mereka pula kehilangan satu markah,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Athirah Umairah Ibrahim, 12, berkata, dia menyangka terdapat kesilapan ejaan pada soalan itu.

Hehee....

Lepas baca berite tu tadi, kebetulan cikgu sains sekolah koi lalu dan koi kemukanlah soalan UPSR tu.

kata dek dier....opak2 tu sejenis kuih tradisional kat Sarawak nun...tapi soalan tu tak le mengelirukan sebab bukan ditanya makna perkataan .

Kalo ditanya makna perkataan, mungkin le ramai yg terpingga2, tapi soalan berkehendakkan proses pembuatan.

Rasanya kalo budak yg berfikir, mesti dapat jawab punyalah...." kata dek rodong yg berpengalaman tu lah..."

Bagi koi....biasalah kalau ada soalan yg arasnya susah....dah memang berkehendakkan gitu....

Entah le... macam2 kalo nak glamor ni yak...

Tu belum lagi suruh puan tu jawab soalan BM Pemahaman....harus mboh migreen kot kalo nok betul semua...

Sekian....



10 comments:

Webmaster@Echam said...

Publisiti murahan. Gitulah gayenyer kalo terliur sgt nak masuk surat kabo....

cemomoi said...

heee... koi pon tak pnoh dengo... ketnya kalo jawapannya mudah dan bule dijangka jawapannya takpe le

ate tanya makcik ter, dah frame ke blom keratan akhbo ter

Cikgu Jang .. said...

hahaha....kalo sume soalan dlm buku teks spt yg makcik tu cakap....tak payoh le cikgu ngajor susah2 ......pakat ngafal ape ke benda yg ada dlm buku teks jelah....

Jejaka Desa said...

Koi pun tak tau opak2 ter mende.Kala dia tak kabo kuih mau koi kabo opak2 ter adik beradik ungke

Cikgu Jang .. said...

Soalan tu sebenornya berkehendakkan calon berfikir. Bukan semua soalan aras mudah je....yg aras sukar tulah menentukan calon dapat A ke tak...

relevan said...

Benda ye Opak Opak tu..kalu Opah kawan tau lah..

akuanakpahang said...

Salam Cikgu.
Kawan tak emboh nok komen panjang. Pada kawan sepatutnya soklan itu biarlah bersifat menyeluruh sesuatu itu diketahui oleh semua org tidak setempat aje kalau tanya bagaimana proses membuat rom guna? ada org luar pada Pahang nei boleh jawab silap2 org pahang sendiri pun x tahu nak jawab.Sebagai contohnya di tanya bagaimana proses membuat keropok ? mungkin ramai yang tahu. Kalau tanya ker kawan sendiri apa itu opak-opak kawan sendiri tak tahu abendernya itu. Kalau otak-otak tu biase. :)

zulkbo said...

salam..
nape nyibuk pulok
mak bapak time anak
nak periksa ni..buka
sekolah sendiri la..

Tokan said...

Saya lbih stuju dengan pendapat bloger akuanakpahang....

Saliza said...

Cikgu Jang,

lambat pulok koi masuk ke blog aok ni. Dah basi pun tajuk ni tapi koi nak bagi tau jugek la yang kuih opak-opak tu, cara2 membuatnya ande dalam buku teks sains darjah 6 ter.

pedooh sgt la mak budak tu... nampak sgt x de nye dia tgk dlm buku teks ter...

lg pun, LPM x kan buat soalan yg x der dlm sukatan, caye la...