Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 31, 2009

Tahun baru dan tarikh hari lahir..

Salam...

Dalam beberapa minit lagi maka seluruh dunia akan menyambut tahun baru. Dan dalam masa yg sama umur koi juga akan bertambah dari 36 tahun ke 37 tahun...

Cuma yg menjadi persoalan dalam kepala ni, betul ke koi ni betul2 dilahirkan pada 1 Januari spt mana yg tercatat dalam surat beranak.

Koi lupa sokmo nak tanya mak koi perihal tersebut, dan koi rasa bukan tahun baru yg sebenarnya koi dilahirkan, mungkin hari2 sebelum itu. Kemungkinan tarikh lahir koi disembunyikan supaya koi lebih muda dari usia sebenar.

Sebabnya zaman dulu, kebanyakan anak dilahirkan di rumah berbidankan bidan kampung. Selepas lahir, barulah si ayahnya membuat report ke balai2 polis berhampiran.

Dan ada sesetegah penjaga tu sengaja menyembunyikan kelahiran sehingga bertahun2 kerana tiadanya peraturan ketat pada masa itu.

Yg koi ni, betul2 konfius, bila tarikh sebenar koi dilahirkan.....dulu semasa Allahyarham ayah koi masih hidup, koi tak berkesempatan bertanyakannya...

Kot manapun, nak taknak, koi terpaksa terima realitinya bahawa setiap hari pertama tahun baru adalah merupakan tarikh hari lahir koi juga.

Dan sebagai manusia yg bergelar insan, koi tetap bersyukur kerana masih berkesempatan meneruskan hidup dan memperbaiki diri supaya menjadi insan yg lebih baik...Insyaalah..

Dan juga sempena hari lahir dan juga tahun baru yang tinggal dalam beberapa minit lagi, koi berazam akan cuba mengubah diri ini supaya lebih dekat kepada Allah SWT.....

Amin....

Hari yang meriah kat sekolah.

Salam...

Hari ni kat sekolah Purun dibanjiri penjaga dan pelajar Tahun 1 dan Pra sekolah hanya utk satu tujuan iaitu membuat pembayaran bayaran persekolahan, ambil buku teks, taklimat penjaga dan orentasi pelajar.

Ada penjaga seawal 8.00 pagi dah tercongok kat sekolah sebab tak sabar2 membuat pembayaran walaupun kaunter masih belum dibuka.

Mengikut tinjauan yg koi buat, ramai jugalah penjaga yg betul2 tak mampu membuat bayaran penuh dan hanya membayar separuh atau paling tidakpun menjelaskan harga buku tulis spt mana yg disaran oleh guru kelas.

Bagi peneroka, bonus yg dijanjikan pihak Felda sebanyak RM1200.00 masih lagi belum diterima sedangkan sekolah akan dibuka entah berapa hari lagi.

Rungutan peneroka cukup jelas kedengaran tetapi pihak Felda seperti ambik endah tak endah dengan setiuasi yg berlaku.

Nasib baik pihak pengurusan sekolah faham akan masalah peneroka dan boleh bertolak ansur walaupun sedikit sebanyak menambahkan lagi bebanan tugas guru yg merangkap sebagai akauntan.

Tadi juga, salah seorang rodong koi tak semena2 minta pinjaman duit dari koi untuk membeli buku sekolah anaknya seramai 2 orang kerana katanya terlalu sesak. Disebabkan koi juga dah banyak perabih duit, jadi hanya sedikit aje yg mampu koi hulur buat meringankan bebanan dia.

Mungkin hari ini hari dia, esok lusa entah2 koi pulak minta pertolongan drpd dia walaupun bukan berbentuk kewangan.

Walaubagaimanapun, koi sebagai guru mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penjaga yang mampu menjelaskan kesemua bayaran persekolahan tanpa berhutang walaupun kita tahu kedudukan kewangan mereka bukan ditahap yg baik tetapi disebabkan tanggungjawab dan mengambil berat soal pembelajaran anak2, mereka tetap berusaha

Lagipun jumlah pembayaran bagi seseorang murid semuanya melebihi seratus ringgit. Manakala bagi tahun 6 hampir menjangkau RM300 untuk seorang.

Bagi yang berhutang, diharap2kan dapat melangsaikan hutang tersebut secara beransur2 dan jangan biarkan anak2 menumpang di atas pemberian orang lain.

Buat guru2 merangkap akauntan di awal2 musim persekolahan, ni harap bersabar dgn kerenah penjaga yang kadang kala memeningkan kepala kerana sesetengah tu hanya pandai bercakap di kedai kopi tetapi apabila diminta bersemuka dan berbincang dgn pentadbiran sekolah langsung tak berani.


Suasana di kantin sekolah yg menjadi kaunter pembayaran pada hari dipenuhi penjaga yang rata2 memberikan senyuman yang kelat. Hinggakan ada yg tak berapa nak senyum apabila ditegur.

Buku teks juga diedarkan kepada penjaga supaya proses P&P pada hari pertama persekolahan berjalan lancar spt mana arahan Kementerian Pelajaran Malaysia kpd semua sekolah.

Taklimat kepada penjaga Tahun 1 dan Pra sekolah juga diadakan bertujuan memberi info dan maklumat berkenaan perjalanan kelas2 tertentu yang melibatkan anak2 mereka. Di samping itu juga borang BMM turut diedarkan bagi tujuan data SMM.


Ini gambo anak koi yang bakal memasuki Tahun 1 dan Pra sekolah. Disebabkan kome dtg awal, jadinya koi suruh tunggu kat kantin sekolah sementara menantikan orentasi berlangsung.

Sekian...

Wednesday, December 30, 2009

Lama dah tak merasa makanan nih...

Salam...

Seingat koi, hampir 10 tahun dah makanan ni koi tak merasa. Bukan sebab pokok ni susah ditemui, tapi org yg nak buatnya jarang yg ada.

Satu lagi, nak ambik buah ni paling tidakpun kena tutuh dahannya...sebab pokok ni biasanya tinggi dan memang terkenal dengan sifat kedekutnya.

Bukannya susah sgtpun menyediakannya. Hanya rebus aje dalam periuk lebih kurang 1-3 jam dan empat kali salin air supaya empuk.

Yang biasa kite makan, yg muda buat ulam. Ataupun yg tua disemai supaya rapuh. kemudian nak sedap lagi buat sambal goreng campur bilis, makan dengan nasi, ade pulak ikan pekasam....

Kalau makan yg disemai...memang sedap.....cuma yg kurang enaknya apabila berada di dalam tandas......cukup kuat baunya...

Kebetulan malam tadi, rumah yg koi biasa lepak malam2 ada makanan ni untuk hidangan kome. Sedap pulak makan sambil berborak2....walaupun rasanya pahit sikit, tapi kena pulak dengan kelapa parut..........menyelerakanlah pulak...

Nak sedap lagi....cicah dengan madu lebah.....pasti mengiurkan sesiapa sahaja yg melihatnya.

Kalau nak cari kat mana2 restoran ataupun hotel.....makanan ni memang tak jumpa...tapi kalau nak rasa juga ......cari aje kat pokok2 yang dah tua ataupun beli kat pekan2 sari ....lepas tu rebus je bagi empuk....habis cerita.

Berpandukan gambar dan cerita kat atas tadi tu...rasanya rodong2 pasti tahu apakah kebendanya...dan mungkin belah Lipis sana tu.....gamoknya merupakan salah satu makanan kegemaran.....agak koi la...

Sekian....

Tuesday, December 29, 2009

Sekali sekala merapu...

Salam..

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. " APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat ni?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah,kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu,Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye.........
.
.
.
.
ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

Begitulah ceriterenya....

Monday, December 28, 2009

Maka bermesyuaratlah kome hari ni..

Salam.....

Tepat jam 8.30 pagi tadi semua warga sekolah termasuk pekerja swasta dan pengawal keselamatan turut hadir ke bilik gerakan sekolah untuk mendengar amanat GB sebelum sekolah dibuka pada 4 Jan nanti.

Tahun ni, sekolah kome menerima 5 orang cikgu baru bagi mengantikan 4 orang cikgu yang dapat bertukar.

Meeting kali ni lebih kepada fokus bidang tugas dan jawatankuasa yg diberikan kpd guru2 utk melaksanakan misi sekolah cemerlang tahun depan.

Apabila koi teliti bidang tugas guru2, tidak banyak sgt perubahannya, kalau adapun, melibatkan pertukaran bidang tugas dan tugasan melibatkan HEM, KOKO atau Kurikulum.

Macam biasa, jawatan Penyelaras Bestari masih lagi dipegang oleh koi dan misi utk tahun depan adalah untuk membudayakan lagi penggunaan ICT di peringkat sekolah..


Sekian...

Sunday, December 27, 2009

Oh...rumahku dilanda banjir kilat

Salam....

Teka-teki laman luar umah kome penuh debu dan habuk apabila koi balik ke rumah Temerloh akhirnya terjawab apabila kome tengok sendiri apa yg berlaku sebenarnya.

Rupa2nya apabila berlaku hujan lebat, kawasan depan umah kome dan beberapa rumah jiran sebaris tu dilanda banjir kilat.

Kedudukan yg rendah dan longkang yg tak boleh menampung jumlah air yg banyak menyebabkan berlakunya limpahan sampai ke pintu utama rumah.

Nasib baik le air tu tak sampai masuk ke dalam, kalau tak satu kerjalah pulak nak cuci rumah tu lagi.

Sebelum ni, koi tak pernah terserempak dgn kejadian banjir kilat kat situ sebab jarang2 kome tidur situ, tapi petang semalam, koi benar2 terkejut nengok ke keadaannya. Nasib baik le hujan yg betul2 lebat tu sekejap je, kalo tak harus melimpah sampai ke dalam rumah. Risau jugaklah kome melihatnya.

Bukan kome saje yg kelam kabut, jiran2 yg senasib dengan kome pun keluar rumah dengan membawa penyapu nak sapu air tu supaya tak meninggalkan kesan kotoran.

Air yg lalu kat situ, memang laju jugak tapi tak lama. Dalam setengah jam kemudian apabila hujan mula reda, keadaan kembali normal. Cuma yg tinggal kesan2 kotoran kat laman rumah kome tu....

Patutlah apabila balik ke situ, koi jadi pelik tengok kotoran yg ada di halaman rumah....dan teka-teki terjadinya begitu akhirnya terlerai jugaklah...

Rupa2nya beginilah keadaannya....

Rumah jiran sebelah lebih teruk, sebab kedudukan rumahnhya betul2 di hadapan simpang...banyak le air dari jalan turun ke situ.

Kalau tengok keadaan masa tengah hujan lebat, takut kome jadinya....bimbang aje air melimpah sampai ke dalam rumah.....Tapi nasib baik le hanya di halaman rumah je airnya..

Kat bawah ni pulak apabila hujan dah reda lebih kurang setengah jam selepas tu...


Lantai tu koi dah cuci, sebab tu nampak cantik...kalo tak, apabila kering je, hanya yg ada sisa2 kotoran....

Kes ni, perkara biasa bagi jiran2 yg tetap kat situ...cuma koi aje yg terkejut sebab belum penah tengok dgn mata sendiri, cuma dengar cerite diaorg aje...


Sekian....

Saturday, December 26, 2009

Main air kat Gambang....

Salam kembali....

Spt mana yg koi janjikan, khamis lepas, sampai jugaklah kome kat tempat tu lebih kurang jam 11.30 pagi.

Mase tu tak ramei lagilah orangnya, parking pun masih banyak lagi...ialah pagi lagi gamoknya walaupun perut dah terasa lapor nok ke nyampai ke situ.

Sampai je, tengok ke tempat nok main tu, anak2 koi pun melompat2 suke sangat dan tak sabor2 nak main air kat situ.

Jadinya, komepun belilah tiket RM 19.90 bagi dewasa dan 12.90 bagi kanak2 umur bawah 12 tahun. Untuk menggunakan kemudahan kat dalam tu spt sewa pelampung, sewa locker, nak beli makanan, dan apa2 perkhidmatan kat dalam tu semuanya menggunakan sistem e-value iaitu gelang yg kite pakai tu akan dimasukkan jumlah berapa yg nak kita topup sama ada RM50, RM100 atau RM200.

Setiap kali kite nak bayor sesuatu, gelang yg kite pakai tu ade bar kod yg boleh scan berapa duit yg ada dan berapa yg kite telah belanjakan. Semuanya menggunakan networking yang efesyen supaya memudahkan pengunjung untuk berbelanja dan mengabihkan duit yg kite telah bayar. Tapi jika ada baki, kite boleh ambik balik kat kaunter mula2 kite pegi tu.

Jadinya, setelah selesai tukar baju dan seluar, komepun startlah main air kat situ..Jenuh jugaklah dan sampai kecut semuanya....

Kaunter tiket...




Suasana kat tepi pantai tiruanlah kononnya...siap ade pasir dan pokok kelapa lagi.....


Yg ni, koi tak naik, bukan sebab takut, tapi negeri je nengok ke lajunya turun bukit tu dengan meniarap. Siap ade meter kelajuan lagi berapa speednya...

Sistem menaikkan pelampung ke atas..



Yg ni, dua kali koi dengan anak koi Haris naik.. Yg pertama guna pelampung merah gelongsong terbuka dan yg kedua dalam gelongsor tertutup tu..

Kira2 tahap mencabar jugaklah. Tengok tingginya dan bengkang bengkoknya saluran tupun dah ngeri.. Kalau jenis yg gayat...koi nasihat tak payahlah...takut terkencing dlm seluar...tapi anak koi Haris ngajak naik lagi walaupun dah dua naik ...

Terasa pening kepala koi lepas dua kali mencuba.....




Ni kolam utk dewasa utk test berenam dan utk aktiviti sukaneka berkonsepkan air..




Tempat makan untuk pengunjung......makanan dari tidak dibenarkan dibawa masuk...nak makan belilah kat sini gune e-value..


Terowong yg bergerak sendiri dibawa arus...kat sini macam
variasi ciptaan ade...siap ada ombak lagi...jauh jugaklah ngikut alur terowong ni...



Tempat gelongsor kanak2...org tuapun boleh kalau nak cuba...







Yg ni, kolam tempat anak2 main ...sebesar kolam tu, penuh jugaklah manusia kat dalamnya..macam2 pesen ade...yg pakai penuh, yg pakai sekerat, yg pakai ala ciput pun ade...hehehe

video
Tengok le laju tak lajunya naik benda tu....koi rasa tidok le mencubanya...


Jadinya....hajat kome nak main air kat situ tercapai jugaklah akhirnya....rasa2nya yg ini bukanlah kali terakhir kome ke situ...Insyaalah...jika ade rezeki lebih, kome suke nak ke sana lagi tahun depan .....

Begitulah adenya......