Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, September 30, 2009

Komitmen kome ...

Salam...

Pagi2 lagi semua cikgu2 dan pekerja2 sekolah koi sibuk bebenor hari ni, macam2 pesen gayanya buat keja. Yang lelakinya ngecat bangunan sampai pukul 2. petang ..yang pompuan pulak macam2 menghias kawasan bilik boss.

Dalam pada tu, ade juga antara rodong2 koi yang merungut, katanya buat keja hari ni sungguh luar biasa dari kebiasaan... nok pulak yang mengecat bangunan ter...

Yalah, koi sendiri akui, koi sendiri pun bapok le letihnya, manakan tidok dari pukul 8 lebih sampai pukul 1 lebih tok habis2 mengecat. Makakan cikgu lelaki toh berapa kerat je yang ada. Nok taknok kena siapkan jugalah, takkan nok biarkan separuh siap aje. Sedangkan hari esok para pemantau dah nok datang nengok.

Dalam pada merungut ter siap juga akhirnya....

Koi cakap kat cikgu2 ter, takpelah, kita buat keja ni ikhlas jelah. Kalau nok harapkan imbuhan, toksoh beriyelah berangan. Kite tengok le nanti, kalau ade rezeki, adelah, kalau takde nak buat macammana...tapi dalam hati, andainye sekolah kome ni menang ataupun dapat tempat antar 5 terbaikpun, harap2 biarlah JPN menghargainya, paling tidakpun bawaklah kome ni berjalan2. Kalau belanja ke luar negara tu mungkin besar sangat kosnya, bawa melancong dalam negarapun cukup le...

Tulah antara borak2 kosong semasa berehat tadinya menceritakan ke halnya kome hari ni...tapi kalau fikir2 ade juga kebenarannya, sebabnya kalau ke tengokkan gayanya cikgu2 dan pekerja ni buat kerja, memang dasyat sungguh, ada yang sampai magrib baru balik rumah....is is is....

Itulah realitinya kalau memasuki sesuatu pertandingan, nok2 pulak peringkat kebangsaan ni.....

Sekian...


Tuesday, September 29, 2009

Mintak2 le kome menang tahun ni..

salam

Hari ni, koi kembali mengajar selepas 11 hari bercuti. Sepatutnya semalam dah koi ngajornye, tapi koi pegi Kuantan bawak mak koi jumpe pakar kat hospital sana nun.

Pagi tadi daerah pukul 8 lebih, cikgu Sabri GPK 1 koi telefon ajak koi pasang banner bersama guru besar, yang koi buat khas meraikan pemantau dari JPN Johor mengadili bilik BOSS sekolah koi.

GB kata cantik banner yg koi buat tu, koi senyum ajelah, maklumle kalau koi cakap lebih2 nanti riak pulak, jadi diam jelah yang koi nye.

Untuk perhatian, ni dah tahun kedua dah sekolah kome ni mewakili negeri Pahang ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan bilik Boss ni. Tahun lepas takde tempat pun, mungkin baru lagi kot dan banyak kelemahan yang perlu diatasi.

Tapi tahun ni, kome dah bersedia dari awal2 lagi. Banyak benda dah kome tolong cikgu Sariah menguruskan bilik tu, semua cikgu2 dan pekerja berganding bahu menolong mana yang patut.

Tuan PPD juga dah datang melawat dan kabor dek dia nya tadi nak bagi cat seruh kome mengecat kat bangunan sebelah....hai, nampoknya esok kome pakat2 le ngecat ramai2...

Petang tadipun, cikgu2 dah buat gotong royong memperindahkan lagi persekitaran bilik tu...

Harapan kome, mintak2lah kome dapat tempat untuk tahun ni, kalau tak dapat tempat kedua, dapat tempat pertama pun jadilah ....hehehe.....sekurang2nya berbaloi lah cikgu2 kat sekolah ni beriye2 menjadikan bilik tu sebagai bilik yang terbaik dalam negeri Pahang ni dan Insayaalah mudah2an peringkat Kebangsaan pulak...

Walaupun memang letih kalau masuk pertandingan ni...





Sunday, September 27, 2009

Agak2nya mboh ke tercapai...

Salam

Popalih, andainya terlaksana impian koi memiliki kapal sebegini, tak tahulah....boleh kome menahan tajo, aran, jaring ke kat sungai Pahang... sambil bercuti....hehehe


















Saturday, September 26, 2009

Cube teka ni daun ape?

Salam...

Malam tadi koi lepak kat tempat biasa, pas tu kat situ ada beberapa biji buah dan sejemput daun serta segelas air....gamoknya daun ape ?

Kot2 rodong2 yang melawat blog ni dapat teka spesis ape pokok tu, aok memang handei orangnya....

Menurut penggemar daun ni, kate dek dialah....kalau minum sikit jadi ubat, minum banyak sikit jadi lunai dan kalau minum habis satu jak...popalih....mabuk jadinya..

Menurutnya lagi daun ni kat pasaran sampai RM35 sekilo, pokoknya pulak dah hampir pupus dah sebab rata2 peminat daun ni ada kat seluruh Malaysia ni...

Friday, September 25, 2009

Secebis kisah ...untukmu ibu

Bismillahirahmannirahim..

Untukmu Ibu.
“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu... merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa.. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi.. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat.. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik.. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya.. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Thursday, September 24, 2009

Kenduri kat rumah Uwan koi

Salam...

Hari ni, kome sekeluarga belah uwan koi kat Kg. Telok Sentang mencatat sejarah tersendiri dengan adanya program kenduri arwah khas untuk Allahyarham ayah koi , Abd Mubin Bin Mohd Tahir dan Allahyarham aki koi Yaakob Bin Hj. Osman.

Kenduri ni sebenornya hajat mak koi yang beriya sangat nak buat kenduri kat sini dengan menggunakan hasil duit fekra yang diterimanya tiap2 tahun walaupun tak seberapa sangat hasilnya.

Walaupun begitu, dengan sokongan anak beranak, adik beradik, maka sempurnalah hajat mak koinya nak buat kenduri di kg halamannya.

Kome anak beranak, pak saudara, mak sedara, sepupu sepapat, pakat2 balik kampung tolong menolong menjayakan kenduri tu.

Yang sebenornya, dengan adanya kenduri gini, secara tak langsung kome anak beranak dapat menggeratkan lagi tali persaudaraan sesama kome. Maklumlah, zaman sari ni bukannya senang nak berkumpul ramai2 hatta disebabkan kesibukan yang tok pernah habis2.

Tapi bukan nak banggalah, saudara belah mak koi ni boleh dikatakan ikatan tali persaudaraan memang rapat dan mesra walaupun di antara kome duduk jauh2 nak dibandingkan dengan belah ayah koi yang ada di antara sepupu koi tok pernah kenei langsung disebabkan tak pernah berjumpa dan berkumpul ramai2.

Antara faktor yang menyebabkan ikatan tali persaudaraan begitu erat ialah disebabkan uwan koi ni masih ada lagi walaupun kadang2 tak rhot juga. Dan di rumah dialah tempatnya selalu kome berkumpul, nok pulak musim2 cuti sekolah gini.

Tanda sebagai kenang2an untuk dikenang oleh kaum kerabat kome, maka koi muatkan cerita sebegini khas sempena Aidilfitri tahun ni....


Tukang masak profesional .... Pak Itam . Koi memang solute kat dia sebab kalau bab masak...popalih...bukan nak memuji, tapi memang sedap.

Tukang bawak tahlil dan baca doa...si Udin le...Al ustaz sekolah sukan Bandar Penawar...


Sebahagian AJK bahagian menyiang dan menghidang. Tu semua saudara mara belaka.


Halaman rumah uwan koi, dipenuhi kereta2 yang membawa anak2 , cucu2 dan cicit2...


Begitulah senarionya bila sebelum dan semasa kenduri tu diadakan. Lepas tu semua pakat balik ke rumah masing2 dan tinggallah keseorangan kembali uwan koi kat Kg Telok Sentang.....

Untuk tahun depan, program sebegini akan diadakan lagi dan Insyaalah, Ayahandak koi dah berjanji untuk memberi sumbangan.... ...mudah-mudahan.....
.....Amin....

Wednesday, September 23, 2009

Raya nya kome...

Salam...

Aidilfitri kali ni, macam tahun2 lepas jugaklah sebelum raya buat lemang lebih kurang dan tolong mana yang patut umah mok koi...

Tapi kali ni adik beradik yang balik tak semua, yang ada hanya keluarga koi, Udin, adik koi Manan dan Fatah je. Kakak koi beraya kat Kg Tok Embun, si Mizi beraya kat Kuantan dan Nazeri beraya kat Terengganu.

Selepas sembahyang raya kat surau dekat rumah, macam biasalah, ahli2 jemaah berarak dari rumah ke rumah mengikut ahli jemaah yang ada masa sembahyang tu. Adalah lebih kurang 14 buah rumah kena habiskan pada pagi tu. Tapi kali ni koi bawak semua anak2 koi pergi beraya ikut jemaah tu, bapok le sukanya bebudak tu sebab dapat duit raya ..

Sebelah petang tu kome balik pulak ke kg mak kat Teluk Sentang, jumpa saudara mara. Tidur jugak le semalam kat situ. Dan malam tu kome dikejutkan pulak dengan berita kematian sepupu mak kat Kota Gelangi 1.

Pagi raya kedua, kome pakat semua pergi Kota Gelangi 1 melawat rumah Allahyarham. Kat situ dapatlah jumpa ramai kaum kerabat dan sanak saudara.

Sebelah petang, singgah kat rumah Mak Itam kat Kuala Krau makan tengah hari. Dah hampir pukul 3 petang baru makan nasi gulai masam patin dan gulai lemak ikan tamalian...usoh ceritalah sedapnya popalih..

Dan selepas kekenyangan, barulah balik semua ke umah mak kome kat peringkat 2 Mayam.

Dan pada khamis ni, diadakan pulak kenduri arwah kat umah wan di kg Telok Sentang. Dapat lagilah jumpa saudara mara kat kampung...







































































































Thursday, September 17, 2009

Buluh lemang

Salam...

Petang tadi semasa nak balik rumah, koi singgah jap rumah rodong koi , lepak lebih kurang menyaksikan rodong2 dah beraya sebelum tiba waktunya...tengok ade pulak buluh lemang yang diaorang cari pagi tadi..

Kebetulan pulak memang koi tengah mencari buluh tu sape2 yang jual dengan kualiti yg baik. Maksudnya buluh tu tok le buluh tua, atau saiznya yang terlampau besar atau kecil..

Koi tanya rodong tu kot2 ade lebih sebab mak koi ngajak buat lebih kurang segantang lebih sikit je...tak sangka pulak banyak yg lebih, apa lagi koi pun pilihlah mana yg buluh menepati ciri2 lemang sejati..

Jadinya, kira2 harga sebatang rodong koi jual RM 1 sepuntung, koi ambik 13 puntung. Itu lebih berbaloi jika koi pegi cari sendiri yang belum tentu koi dapat dengan kualiti yg baik gitu.

Lagipun kalau cari buluh tu, terang2 kena pegi tempat2 yg jauh sebab kawasan yang dekat2 tentu dah licin cari dek orang lain. Lagipun kalau koi gi mencarinya, silap2 tok posa koi hari tu, maklum le tentu letih mencari buluh dengan merendah hutan belukar...

Kira2nya masalah buluh koi dah selesaikan, esok kena pulak cari daun pisang, lusa kena selesaikan pulak daging kerbau...petang tu kena uruskan lemang sehingga masak...

Gitu lah, kalau tinggal berhampiran ngan rumah orang tua, memang tradisi tiap2 tahun tugas menguruskan hal ehwal lemang ni menjadi tugas wajib koi....

Biarpun hari tu memang letih, tapi semangat menyambut raya ni terletak pada persiapannya...

Sekian

isu panas weh...pasal bongok je..

Salam...

Ni ade isu menarik ni.....pasal pak pak menteri...
moh layan blog ni ... Al-Makaraqi


Wednesday, September 16, 2009

Rezeki minggu terakhir Ramadan

Salam...

Memang betul rakyat Malaysia ni pemurah orangnya. Ini terbukti apabila kome sekeluarga 3 hari berturut-turut berbuka di luar. Malam kelmarin jemputan SM menengah tempat isteri koi ngajar, pastu semalam rodong koi merasmikan rumah baru, dan malam ni, asrama pulak anjurkan majlis berbuka posa.

Alhamdulillah, biarpun masa berbuka tu penuh kekalutan, namun koi tetap bersyukur sebab 3 hari ni, isteri koi tokyah beriya nok memasak untuk berbuka.

Yang koi gembira sangatnya, esok hari terakhir gi kerja, pastu nunggu jelah ketibaan 1 Syawal pada hari Ahad ni. Minggu2 akhir ni, semangat kerja dah sdikit menurun, bukan koi je, malah bebudak pun sama..

Lepas ni, koi kena uruskan pulak nak sambut raya ni, terutama urusan ' lemang dan daging kerbau'.

Satu lagi, tahun ni, koi berkesempatan juga nak merasa daging rusa yang GB sekolah koi tolong jualkan. Harganya RM 30.00 je sekilo. Bolehlah kome buat stok lepas raya nanti. Walaupun rusa tu bukannya yang liar tapi nak dapatkan bekalan daging tu bukannya senang kecuali kalau rajin gi mencarinya...




Tuesday, September 15, 2009

Sekadar menghabiskan waktu sebelum berbuka...

Salam...

DIALOG AYAM DAN LEMBU

Ayam : Manusia nie memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata camtu?
Ayam : Tengoklah... apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! buat apa pulak?
Ayam : Aku nie bertelur hari2. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.Orang kata ada jugak waris aku bila aku dah takde nanti. Tapi, manusia Nie memang tak berhati perut. Hari-hari diorg makan telur aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! kau punyer masalah kecik aje!
Ayam : ?? maksud kamu???
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagik malang... Rasa nak bunuh diri pun
ada. Bayangkan,hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak
pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati : tak boleh pakai punyer lembu!)

Anak Penoreh Getah

Ada seorang anak penoreh getah yang agak cerdik dari kampong yang jauh terpencil di luar bandar. Beliau telah di berikan borang oleh Guru Besar untuk diisi bagi memasuki sekolah berasrama penoh. So,budak ni pun meminta bantuan bapanya untuk mengisi borang tersebut.

anak: nama yah!
bapa: ah! engkau tarok lah nama engkau kat situ
anak: tarikh lahir
bapa: tulih apa yang ada kat surat beranak tu
anak: bangsa!
bapa: itu pun tak tau... tulis melayu
anak: alamat
bapa: engkau tulih alamat rumah ni dah!
anak: sex
bapa: ( dengan nada marah ) ini aku tak suka ni..Sex Sex apa ini mencarut....ini pun nak tanya!! bapa:= yang lain!
anak:= sekolah.... bla bla bla bla...

Budak ni tak dapat tidur lena malam itu, sebab satu soalan dalam borang masih belum berjawab, hancur lah harapan untuk masuk sekolah berasrama penoh... Pasti nya nanti di marahi oleh guru besar...So, pagi-pagi lagi dia sudah bangun Semasa ayah nya hendak pergi menoreh getah, anak ini berjumpa lagi ayah nya

anak: ayah! tolong lah beri jawapan 1 soalan lagi tu...saya tak mahu jadi penoreh... saya mahu jadi enginior... kata guru besar kalau borang tak lengkap tak boleh masuk sekolah asrama

bapa: (dalam hati..kesian anak aku ni, bercita-cita tinggi rupanya) ok, jangan beri tahu omak engkau, tulih kat situ sex 5 kali seminggu


Jalan Terkangkang

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang

Kereta vs Isteri?

Seorang isteri amat mencemburui suaminya kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan
keretanya.. bahkan juga banyak wang yang dibelanjakan untuk keretanya berbanding untuk isterinya. Hingga untuk kesekian kalinya si isteri membebel kepada suaminya.

Isteri : "Apa hebat sangat kereta tu? sampai abang lebih suka memandangnya dari saya?"

Suami : "Setiap kali abang melihat kereta ini abang merasa tenang dan bahagia.. kerana bentuk dari luar dan dalam nya sangat cantik"

Isteri : "Saya pun boleh kelihatan cantik!"

Suami : "Kereta ini selalu memenuhi kehendak abang kemana saja abang nak pergi"

Isteri : "Saya juga selalu melayan dan meneman kemana saja abang nak pergi"

Suami : "Masa abang bermasalah... abang bersiar-siar dengan kereta ini.. maka hilanglah segala masalah tadi"

Isteri : "Saya rasa saya boleh berusaha menjadi isteri yang seperti itu."

Suami : "Ya mungkin awak boleh melakukan semua itu, tapi ada satu benda yang tidak pernah dilakukan oleh kereta ini.. tapi selalu dilakukan oleh awak"

Isteri : "Apa dia?"

Suami : "Kereta ini tidak pernah membebel"

Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu... solat itu tiang agama dan berdosa
jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau
join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah...

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib
dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa... malu la kat orang kalau tak
posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita
Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang
rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la
saham aku...

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X : Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot... tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n
bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin
menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu
beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting
hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram... batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala... stakat salam tu takpe lah..
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh??
Stakat pegang tu takpe la..

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah, apa yg anda buat??
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2.
sekurang2nya ade gak usaha dalam berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!!

Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z??tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya,
sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

Maafkan cikgu...

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Sunday, September 13, 2009

Abg nk beli kuih???

Salam...

Cerita sebuah cerita...

Hari-hari itu , saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya.Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang
masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya.Saya lihat umurnya lebih kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang,sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak
berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam
plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya
beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak- kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---


kisah anak kecil dan seketul batu..

salam...

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Salam...

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berderin g pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Kalau jin tu memang jin le...




Seorang mangsa yang lesu selepas diserang histeria akibat Jin tersebut.

Oleh HAFIZ ABBAS

TEMERLOH - Sebatang pokok balak yang berada di hujung padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Pulai di sini didakwa mungkin menjadi punca beberapa siri serangan histeria terhadap 85 pelajar perempuan sejak lima bulan lalu.

Pokok setinggi 10 meter itu tumbuh di pinggir hutan yang bersempadan dengan pagar padang sekolah berkenaan.

Dalam satu kes, seorang mangsa dikatakan telah dirasuk dan menjerit-jerit meminta dihantar ke pokok itu bulan lalu.

Seorang mangsa serangan histeria yang hanya mahu dikenali sebagai Rin memberitahu Kosmo! : "Apabila cikgu tanya, dia (mangsa) kata tempat asalnya itu ialah bawah pokok di hujung padang sekolah.''

Admin: Baler... dah le jin ni tok posa, pas tu pi ngacau pulak anak2 dare kat sekolah tu hah.... ni mesti kes takde keje lain ni , gamoknya sebab perut lapar kot, sebab tu nampak garang sangatnya tu...he he...

Saturday, September 12, 2009

Agak2 kite boleh ......

Bersanding dua sekali gus cam orang Iran ni ?



Andainya boleh...............................................alangkah bertuahnya hidup ni ye...

Moh balik raye...

Salam...



Raya dah dekat....moh pakat2 balik kg raya ni....kalau keta, bas, keretapi, kapal terbang, kapal laut takde....naik je lori macam kat atas tu hah....

Thursday, September 10, 2009

Habis dah UPSR ...

Salam....

Tepat jam 4.30 petang tadi, selesai sudoh te urusan UPSR yg koi jadi pengawasnya. Keluar dari bilik kebal kat SM Purun, koi rasa lega sesangat sebabnya pusat koi jaga takde masalah langsung, semuanya berjalan dengan baik je...walaupun koi bukan ketua kat pusat te, tapi sebagai membantu ketua yg jugak rodong koi.

Walaupun dah berapa tahun pengalaman jadi pengawas ni, kali ni koi bapok le rasa hamunnya sebab dalam bulan posa....tok leh nak rasa makan tengah hari sekolah tempat koi jaga ter belanja. Kalau tak spt kebiasaan kalau tok bulan pose bapok kle bestnya jaadi pengawas ni.

Dulu2 masa muda2, syok juga kalau jaga peksa ni. Tok kiralah UPSR, PMR, SPM ,STPM ke....walaupun kalau STPM tu sampai 3 jam setengah nunggu calon jawab..
Tapi apabila dah umur nak masuk kategori separa vateran ni, kurang dah minat ke arah benda gitu.

Rasanya tahun ni koi last dah jadi pengawas UPSR ni, koi nak releks aje dah....koi rasa bagilah pulak can kpd cikgu2 baru cari pengalaman baru....


cat dog

Salam...

Agak2nya ni gambar betul atau super impose !!!!


Wednesday, September 9, 2009

Petua Imam Syafie

Empat perkara yang penting

Empat perkara menguatkan badan


1#. makan daging
2#. memakai haruman
3#. kerap mandi
4#. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1#. banyak berkelamin (bersetubuh)
2#. selalu cemas
3#. banyak minum air ketika makan
4#. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1#. duduk mengadap kiblat
2#. bercelak sebelum tidur
3#. memandang yang hijau
4#. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1#. memandang najis
2#. melihat orang dibunuh
3#. melihat kemaluan
4#. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1#. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. Tidur para ulama` dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. Tidur para raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak
dimakan.
4. Tidur Syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




p/S:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini
kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
' Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat ' . Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
(yang ni je x de empat )..hehe

Misteri bola putih dan bola hitam

Cerita yang koi baca dalam blog seseorang yang .................cis cis cis....

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si
anak cuma bagitau,"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu.

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa. Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya. Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut
roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah,
syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu...

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah. Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk
kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal... Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya..bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih.
Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek
anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"
Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya."Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.. sehingga kamu sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"


(anda semua pun ingin tahu kan ..?)





Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan
masanya sudah hampir tiba...


"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih.
Isk!Isk! Isk!..........Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat
aku.

P/S : Sorry aarr sebab post ni . Ye lah...Takkan nak jadi
korban sorang-sorang je kan ...


ace: terima kasih kerana membaca.. sama-sama kita berkongsi kekecewaan ini.. haha.. sharing is caring is loving... Selamat ari raya.. haha