Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, August 31, 2009

Keja dan bonus

Salam..

Bila dah seminggu cuti, rasa malas lah pulak nak ngajar esoknya, nak pulak bulan posa ni.....lagilah malasnya. Tapi, nak buat macam mana dah keja gitu. Nak taknak kena ngajar jugaklah.....

Buat teman blogger yang kejanya kerajaan tu....apa2 pun marilah kita sama2 doakan agar kerajaan bagi dulu bonus untuk tahun ni sebelum raya ni....

uh uh.....kalau takde bonus, sian kat anak2 saudara , budak2, rodong2, tetamu yang datang bertandang ke rumah nak beraya....sebabnya duit tak cukup nak meraikan diaorang.......uh uh....

Harap2 kerajaan dapat bagi bonus kot sebelum budjet 2010 ni . Kalau ya......baru betul slogan ' Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan'....hi hi hi....



Sunday, August 30, 2009

Gambar merdeka

Setiap kali menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan, gambar di atas ini pasti dilihat di kaca tv atau akhbar. Namun pernahkan anda bertanya, siapakah jurufoto yang merakamkan gambar ini?. Sebenarnya, gambar ini adalah milik Jabatan Penerangan Malaysia dan jurufoto yang bertanggungjawab merakamkan detik bersejarah ini ialah Mendiang (W.H) Weng Hong atau disebut juga Wong Heng.

Beliau pada waktu itu memegang jawatan sebagai Ketua Jurufoto, Jabatan Penerangan Malaysia. Detik bersejarah itu dirakam menggunakan kamera jenis Linhof Technika 4x5. Kamera jenis ini mempunyai shutter speed yang lambat. Sekali gambar diambil, jurufoto terpaksa menukar filem 4x5 menggunakan "black changing bag". Zaman digital kini semuanya jadi mudah di mana tidak timbul lagi "exposed film". Kalau ada yang bertanya 4x5 tu apa? 4x5 tu ialah saiz filem tersebut 4x5 inci, pasal tu gambarnya masih berkualiti walaupun sudah berusia 52 tahun.

Sempena menyambut ulang tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-52, koi mengambil kesempatan mengucapkan salam Merdeka untuk semua. Semoga Malaysia akan terus gemilang selamanya..Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!...



Pencuci mulut istimewa...

Jangan ingat dessert tak boleh dibuat daripada haiwan.....tengok sendiri kat bawah ni......fuh, begitu menyelerakan kepada yang tak ada perasaan...geli









Saturday, August 29, 2009

Resepi baru..pasti sedap..........

Salam...

Kalau dah masuk minggu2 akhir Puasa ni, kadang2 para isteri dah tak reti nak masak lauk ape.
Jadi, untuk mengatasi masalah nak cari resepi baru, kat bawah ni ada satu resepi yang kalau rasa nak cuba, bolehlah cuba... Resepinya ialah......tengok sendirilah ye....





Ni namanya Tikus Goreng Madu...

Topeng H1N1

pakai jangan tak pakai

Thursday, August 27, 2009

Jalan2 cari makan

Salam...

Hari selasa baru ni kome anak beranak sempat juga pergi pasar Ramadan kat Temerloh, biasanya tiap2 tahun kome akan nyinggah jugak kat situ, nengok2 kot ade makanan yang berkenan kat hati.

Jalan punya jalan, takde menda yang luarbiasa yang boleh menggugat selera koi ni, kebanyakan makanannya same je yang ada kat pasar2 ramadan yang lain.

Jadinya, sebab kalau tak beli lauk, karang berbuka nak makan ape, jadi koi belilah juga sedikit lauk dan sayur keladi yang pandangan koi bapokle menyelerakannya.

Bila waktu berbuka je, makanan yang koi beli tadi.....is is, jauh sedapnya kalau kome masak sendiri. Bukan nak mengata, tapi kelazimannya kalau perut lapor, semua benda rasa sedap, tapi jelas makanan yang koi beli tu memang tak sedap langsung, takde lalu ciri2 gulai keladi yang asli. Nasib baik le koi beli RM 2.00 je, kalau tak tentu koi rasa menyesal.

Begitulah adat orang niaga, apa yang dinampoknye ialah untung je tanpa mengira rasa dan selera orang ramai. Nasib baiklah orang tu niaga kat Temerloh, kalau kat Purun ni, nampak gayanya awok habiskan sendirilah apa yang awok jual tu...sebabnya orang yang belinya , orang yang sama tiap2 hari .

Tuesday, August 25, 2009

Di awal puasa

Salam...

Pada awal puasa, semua kelihatan bagus....
Orang tua bersemangat.
Kanak2 mula belajar erti kenal puasa walaupun kelihatan dah macam separuh nak mati.
Remaja masih malu2 menunjukkan belang tak berpuasa di khalayak ramai, merokok nyuruk2.
Para peniaga begitu bersemangat mengeluarkan produk di pasar ramadan sehingga seawal pukul 1 petang dah mula berniaga, memikirkan untung yang datang.
Para pembeli mula merasa apa yang ada dijual dengan selera luar biasa, tak kisah duit belanja.
Di masjid2 saf mencapai 10 baris melebihi hari2 biasa, sembahyang sunat sebelum dan selepas insyak pun menunjukkan peningkatan ketara, sampai doa terakhir masih tidak berganjak..petanda bagus.
Kaum2 perempuan kurang berkata takut tersalah mengata, nanti ada berbicara kisah rumahtangga.
Kaum peneroka bekerja ala2 memenuhi syarat supaya tak terbuka dengan sengaja, takut termula tak puasa.
Dan....suasananya memang luar biasa pada hari2 biasa.....

Moga2 minggu pertama berpuasa kekal sehingga minggu akhir puasa, masjid bertambah jemaah, tiada golongan yang tak berpuasa, pasar ramadan semeriah di awal puasa, kuasa pembeli bukan mengikut selera, dan yang pentingnya...

Pengertian puasa dapat diertikan dalam bentuk sikap dan perubahan dari semasa ke semasa...

Sekian...

Friday, August 21, 2009

Ramadan datang lagi..

Salam...

Sempena kedatangan bulan yang mulia ni, kome anak beranak turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa buat rodong2 blogger yang tah mana duduknya koi pun tak tahu.

Koi harapkan kedatangan ramadan kali ni membuatkan kome anak beranak menjadi lebih insaf dan berubah dari yang tak baik kepada baik2 belaka.

Walaupun koi tahu, nak menghabiskan sebulan berpuasa ni, macam2 cabaran yang ada terutama dugaan nak memastikan mata, telinga, mulut dan seluruh anggota badan dapat menggelakkan dari melakukan perkara2 maksiat. walaupun sukar nak melakukannya, tapi koi harap sangatlah semoga Allah SWT memberikan sedikit hidayah kepada koi...maklumlah sebagai manusia ni, kadang2 kerap juga melakukan kesilapan.

Walaupun kebanyakan rodong2 koi kat sini menganggap kedatangan bulan puasa ni menyusahkan, tapi koi tetap mendoakan agar mereka kat luar tu boleh berubah pada tahun ni.

Apa yang pentingnya, dengan kedatangan ramadan kali ni adalah diharapkan menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas....terutama kepada koi, isteri, keluarga , rodong2 dan seluruh umat islam amnya....

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN"

sekian...

Thursday, August 20, 2009

Yang kita tak tahu, tapi nak beri tahu

Salam...

Beberapa info yang boleh kita guna :

1. Kod babi
Saya memohon semua umat Islam agar memeriksa ramuan makanan yang biasaya terdapat di di belakang makanan tersebut.Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang anda beli, maka hendaknya dihindari karana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

2. info mengenai hanphone Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

a) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

b) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

c) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

d) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Bolehlah sesiapa nak cuba info ni..kot2 menjadi.

Mat Sama

Salam...

Di tempat koi ni, ade sorang pakcik tu namanya Mat Sama. Kome yang tak tahu asal usul namanya merasa pelik sangatlah dengan 'nikname' yang diberikan kepada pakcik yang 'sempoi' tu. Jadinya, disebabkan tertarik dengan gelaran unik tu, koi cuba membuat siasatan macam mana gelaran tersebut diperolehi.

Dengan bersusah payah mengorek cerita daripada beberapa kenalan, akhirnya terbongkarlah kisah bagaimana nama Mat Sama menjadi nama panggilan kepada pakcik tu.

Rupa2nya ada cerita di sebalik cerita.......

Dulunya Pakcik Mat ni pernah membela kambing biri2. Banyak jugalah kambingnya hinggakan Pegawai Felda yang bertugas jadi kagum dengan kehebatan Pakcik Mat ni membela kambing.

Jadinya, pada suatu hari datanglah pegawai ni ke ladang Pak Mat untuk menanyakan ke halnya bagaimana resepi menternak kambing biri2 yang baginya belum pernah melihat kambing berbiri bewarna hitam...

Pegawai : Assalamualikum Pak Mat.
Pak Mat : Waalaikumussalam...oooo encik pegawai , benda ke halnya datang ladang koi pagi2 buta ni.
Pegawai : Gini Pak Mat, saya ni nak menanyakan beberapa soalan kepada Pak Mat berkenaan dengan berbiri Pak Mat yang ada kat sini.
Pak Mat : Boleh...takde halnya..tanyalah..
Pegawai : Nampaknya berbiri Pak Mat ni ada dua jenis, satu yang hitam dan satu lagi berbulu putih. Berapa ekor semuanya?
Pak Mat : Tak banyak sangat, adalah dalam seratus lebih ekornya.
Pegawai : Berapa jauh biri2 ni berjalan cari makan?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam?
Pegawai : Yang putih.
Pak Mat : Yang putih sekitar 2 km je.
Pegawai : Yang hitam pulak ?
Pak Mat : Yang hitam pun sama..
Pegawai : ooo...selain rumput, apa lagi pak Mat bagi makan kat berbiri ni?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam ?
Pegawai : Yang putih..
Pak Mat : Yang putih tu dalam pakcik bagi dedak dan hampas nyor.
Pegawai : Yang hitam ?
Pak Mat: Sama juga..
Pegawai : ( mula tension dah ) ooo gitu ye...aaaa berapa banyak mana pulak bulu berbiri yang Pak Mat dapat pada seseekor berbiri ni ?
Pak Mat : Yang putih ke yang hitam ?
Pegawai : Yang putih
Pak Mat : Adalah adalah sekilo dua..
Pegawai : Yang hitam?
Pak Mat : sama juga..
Pegawai : (Mula dah nak marah) kalau dah sama belaka apa pulak bezanya yang putih dan yang hitam tu?
Pak Mat : oooo.. bezanya ye ..yang putih ke yang hitam?
Pegawai : Tak kisahlah putih ke hitam ke, merah ke biru ke....( agak marah dah )
Pak Mat : Yang putih tu pakcik punya...
Pegawai : Yang hitam pulak?
Pak Mat: Pun sama.................

Lepas dari terima jawapan sama belaka, maka pegawai tupun baliklah ke pejabat FELDA dengan muka yang paling buruk pernah dia buat....

Jadi....begitulah kisah Pakcik Mat mendapat gelaran 'Mat Sama'....

Sekian...

Tuesday, August 18, 2009

Cerita orang malas

Salam..

Dalam sebuah negeri yang mempunyai penduduk yang rajin2 belaka sehinggakan raja di negeri tersebut naik hairan dan begitu teruja dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh rakyat jelatanya.

Maka pada suatu hari, si raja ni nak tahu juga ada atau tak penduduknya yang bersifat pemalas,.Maka disuruhnya memanda menteri mengadakan satu pertemuan dengan semua rakyat jelatanya di suatu tempat.

Dipendekkan cerita, si raja ni pun menyerulah sape2 rakyatnya yang malas datang ke depan ngadapnya untuk menceritakan tahap kemalasannya.

Maka, datanglah seorang pemuda dengan selamba....

Pemuda : Patik ni tuanku, malasnya patik hinggakan kalau patik nak makan je, mesti ada orang yang datang tolong sediakan makanan untuk patik, sebab patik malas nak cari makanan sendiri.

Raja : oooo.... gitu. Ok....bagus...

Tiba2 datang pulak pemuda kedua mengadap raja...

Pemuda 2 : Dia tak hebat malasnya lagi tuanku, patik lagi malas.

Raja : Ceritalah tahap kemalasan kamu tu...

Pemuda 2 : Patik, tuanku...kalau patik nak makan, mesti ada orang yang tolong suapkan, tak payah patik beriya2 kotorkan tangan untuk menyuap makanan.

Kemudian, datang pulak pemuda 3 dengan senyum simpul.

Pemuda 3 : Patik lagi pemalas, tuanku...kalau patik nak kunyah, sampaikan ada orang yang tolong kunyahkan makanan patik..patik cuma telan aje...

Raja : dalam hati....lagi hebat pemuda ni...

Tiba2 pulak datang sorang budak lelaki dalam lingkungan umur 10 tahun mengadap raja.

Budak lelaki : is... tuanku, dia orang tu tak malas lagi sepenuhnya, patik lagilah malasnya..

Raja : oooo gitu...ceritalah pada beta, sejauhmana malasnya...

Budak lelaki tadi tu diam aje...

Raja : La...ceritalah pada beta, beta nak dengar ni, tahap kemalasan kamu tu..

Budak lelaki : Tuanku, malasnya patik ni....patik nak ceritapun malas ...tuanku...

Raja : (dalam hati) ....memang pemalas....



Sunday, August 16, 2009

Warga sekolah koi..

Salam
GB suruh koi buat banner sempena murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR bulan 9 nanti, dan kalau boleh masukkan semua warga sekolah tak kira cikgu, pekerja sokongan, pekerja swasta, Jaga sekolah...termasuk jugalah pekerja kantin sekolah.

Jadinya, itulah hasilnya yang mampu koi buat sebab GB nak hantar cetak secepat mungkin...
Dalam banner tu tiada pekerja yang terlibat tidak dimasukkan kecuali sorang aje cikgu sekolah koi yang sedang bercuti tanpa gaji.

Moga2 banner ni mendatangkan sedikit sebanyak semangat dan motivasi buat calon UPSR agar dapat mengekalkan kecemerlangan SK Purun ni...Insyaalah.

Saturday, August 15, 2009

Ni orang ke gergasi





Popalih.....makan bendelah gamok nye orang ni.....ni kalau ajak bertumbok, koi serender awal2 dah....gone, ngengok ke badannya pun dah ngeri, belum lagi kene lanyak....leper jadinya...

Friday, August 14, 2009

Itulah realitinya..

Salam...

Baru sebentar tadi koi melayari blog salah seorang insan yang rajin menulis blog menceritakan secebis kisah masyarakat yang masih dihimpit kesusahan di dalam negara emas ni.

Selesai saja membaca satu coretan tersebut, koi rasa insaf dan amat beruntung kerana mempunyai kerja tetap dan tidak diselubungi dengan masalah kewangan.

Kat bawah ni, koi tolong copykan kisah tu untuk kita renungkan bersama-sama, dan fikirkan...isu tersebut.

Bismillahirahmannirahim..
Email dari saudara. imamabusaid_82@yahoo.com

Thursday, May 14, 2009

Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm

Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma . Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu.. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.

Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.

Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat...walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!


Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)

Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.

Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami...kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.

Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku.. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.

Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah. .! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.

Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah. .rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.

Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah.. ! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada ..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !

Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya.. saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah. ...!

Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.

Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.

Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.

Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut..

(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Buat renungan sahabat sekelian !

Hakikatnya.......adakah kerajaan sedar akan perkara sebegitu, atau para menteri sibuk mencari kekayaan hingga lupa ada insan yang dalam kelaparan......

Allahwualam..

Tuesday, August 11, 2009

Mari latih anak2 main ngan teknologi

Salam...

Apabila sibuk sangat nak berebut main game, cara mudahnya bagi satu sorang komputer, lantok lah main sampai jemu.

Benda peliknya, bior latih guna komputer dari peringkat awal lagi, walaupun dengan main game online.

Nanti dah besar dan dah sekolah, taklah terkial2 pegang mause bila cikgu bawak masuk lab.




Koi bukannya benda, kadang2 tension asyik nak beramok aje berebut main game.

Monday, August 10, 2009

Rombongan KRT

Salam..

Malam Jumaat dulu, KRT Felda Purun telah mengadakan satu rombongan ke Kelantan dan Terengganu. Koi dan isteri tidak ketinggalan mengikuti program tersebut walaupun dah banyak kali pergi tempat yang sama.

Tempat yang dilawati termasuklah Rantau Panjang. Kota Baharu, Wakaf Che Yeh, Pulau Wan Man dan Pasar Payang.

Kesemua tempat tu koi dah kerap sangat perginya, cuma di Taman Tamadun Islam aje belum pergi lagi. Jadinya bila dah sampai barulah koi tahu camna tempat tu dan apa monumen yang ada.

Dannya pada pukul 1 pagi hari Isninnya, kome pun selamat balik ke Purun . Yang koi seronoknya dapat berjalan2 ngan isteri tanpa anak2 walaupun terasa sayu juga tinggalkan anak2 sedangkan kita pergi jalan2. Ye lah kot....bukan senang dapat berjalan berdua je....kan. Nak pulak bermalam semalam kat Kota Baharu nun. .....

P/S: lepas ni kena berjanji pulak dah ngan anak2 bawa pergi tidur hotel cuti sekolah nanti....

Thursday, August 6, 2009

Aktiviti mengutip buah perah

Salam

Petang tadi, lebih kurang pukul 3 petang, dalam 8 orang rodong2 koi pakat pergi mencari buah perah. Cadangnya nak menghala ke hutan bersebelahan Bukit Pensen, tapi tukang nunjuk jalan pulak tak balik2 lagi potong buah sawit.

Bincang punya bincang, si Cikgu Yus mencadangkan pergi ke Kg Asli tempat anak murid dia tinggal iaitu Kawasan Blok 6 Felda Mayam, menghala ke ladang mertua koi kat blok D nun.

Sampai aje kat situ, si anak murid Cikgu Yus ni seramai 4 orang, bawak lah kome pergi lokasi buah perah yang ada kat situ. Apa lagi, sampai aje.....terus ajelah ngutipnya.

Buah perah ni, pokoknya tinggi, buahnya pulak lebih kurang macam buah getah jugak pesen dia sebab bila gugur, buah ni ada selaput kulit yang isinya berwarna kemerah-merahan.

Tugas kome, pergilah sekeliling kawasan bawah pokok, sambil ngais2 daun kering nak cari buah yang telah gugur. Letih jugaklah ngutipnya....

Mengikut kata oranglah, buah ni kalau tak pandai memasaknya, boleh menyebabkan mabuk apabila memakannya. Sekurang2nya 3 kali salin air baru dikira dah masak sepenuhnya. Sebelum tu, jangan cuba2lah nak makan, silap2 masuk hospital. Tapi, tadi koi nengok budak asli tu makan mentah2 buah tu, tak apa2 pun. Gamaknya mungkin perut dia orang dah semulajadi kot, sebab tu tak apa2 pun.

Tapi, kalau sekali makan, rasa buah ni memang sedap. Rasa dia macam sikit2 rasa kacang, lemak dan lembut. Nak pulak kalau pandai buat jeruk bersama petai, lagilah sedapnya bila dimakan bersama nasi.

Kot mana pun, sebabkan dah musim buah tu kat dalam hutan, nak pulak kalau nak beli, kadang 2 ada dan kadang takde orang menjualnya, jadi kome mengambil keputusan pergi cari sendiri biar puas hati. Paling tidakpun sorang 2 hingga 4 kg jugaklah dapat bawak balik.

Rumah kediaman penduduk kat situ. Masih lagi dicengkam asli semulajadi.

Pemandu pelancong yang terkejut dengan kehadiran penggemar buah perah yang tiba2 muncul tanpa disangka

Salah satu pokok perah yang bapok le sayup ninggi. Tak nampakpun buahnya kat atas nun

Sampai terduduk keletihan disebabkan buah perah




Aktiviti menguis daun2 kering untuk mencari buah tersebut.



Inilah buah perah yang belum direbus. Kalau dah direbus, warnanya akan bertukar menjadi hitam legam.
Malamnya pakat rebus buah tu. Tu atas api tu sekawah sedang nunggu untuk dimakan ramai2.


Monday, August 3, 2009

'1 Malaysia' punya cerita

Salam.....




Semenjak dua menjak ni, boleh dikatakan koi nye sibuk sokmo. Hari ni baru habis mengendalikan kem '1 Malaysia' yang diadakan kat Pusat Kokurikulum Bera. Kem tu mula nya hari Jumaat lepas dan habis petang tadi.

Pada mulanya koi rasa malas sangat nak sertai kem tu, tapi disebabkan rodong2 jurulatih begitu bersemangat, terpaksalah koi semangat juga.

Tapi, bila hari2 akhir, koi rasa ni perkemahan yang paling menarik sekali. berbanding dengan perkhemahan lain2 yang pernah kome uruskan Mungkin disebabkan komitmen jurulatih dan pihak PPD atau aktiviti kem yang tak seperti perkhemahan pendidikan luar, tak tahulah. Tapi...memang kome rasa happy dan ceria walaupun setiap masa terasa letihnya.

Sepanjang kem ni berjalan, macam2 perkara ada. Barulah kome tahu yang ada sebilangan kecil murid2 sekolah kat Bera ni tidak boleh berbahasa melayu dan memahami cakap melayu. Pening jugalah kome memberi arahan untuk buat aktiviti. Tapi nasib baiklah kumpulan aktiviti menggabungkan 4 kaum yang ada pada setiap kumpulan.

Kesimpulannya, program kem '1 Malaysia ' ni merupakan kaedah terbaik untuk mendedahkan identiti dan budaya setiap masyarakat yang ada di Malaysia ni supaya tidaklah sesetegah murid tu diibaratkan sebagai 'katak di bawah tempurung'.