Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, April 22, 2009

Belajar buat banner

Salam .....Pada hari ini, satu kemahiran baru dapat aku pelajari iaitu belajar bagaimana membina banner dengan menggunakan program Adobe Photoshop yang dikira satu program grafik yang calang2 orang boleh gunakan.

Aku diminta oleh Guru Besar menghasilkan banner tersebut di mana PPD Bera mahukan semua sekolah menyediakan banner bagi mencapai sasaran Top Four yang disarankan di daerah ini.

Alhamdulillah, dengan berkat usaha akupun pergi berguru dengan kerani yang bertugas di Pusat Kegiatan Guru Bera ( namanya aku tak tanyapun), akhirnya berjaya juga aku siapkan banner tersebut walaupun tak sehebat mana.

Tapi yang pentingnya, aku dah tahu serba sedikit ilmu Photoshop tersebut walaupun hanya sekitar 60 % sahaja.

Ini lah banner yang aku dan kerani tersebut telah hasilkan...

Terima kasih kepada cik kerani PkG tu....




.

Monday, April 20, 2009

Hari bosan sedunia...

Ada satu ungkapan " Hari Bosan Sedunia " , bukanlah satu hari yang diraikan orang di serata dunia ataupun satu hari khusus yang diiktiraf dalam kalendar dunia, tetapi merujuk hari yang seseorang itu merasa bosan lain dari hari yang lain pada dan ketika itu...

Setiap orang akan merasa bosan, dan ada kalanya pada hari tertentu kebosanannya pada hari itu terserlah pada hari-hari yang lain.

Perkara yang menyebabkan perasaan bosan itu datang, mungkin melibatkan beberapa faktor. Paling ketaranya ialah nasib kita pada hari itu seakan-akan tidak menjadi seperti hari yang biasa.

Manusia tidak boleh menyalahkan takdir kerana itu sudah ketentuan Allah SWT. Manusia hanya perlu berusaha dan terus mengharapkan apa yang diusaha itu membuahkan hasil.

Selain faktor nasib yang tidak kita jangkakan, kemungkinan disebabkan tekanan atau stress sewaktu berhadapan dengan tugasan serta rutin harian. Tetapi, itu biasa,tiada orang yang tidak sibuk di dunia ini walaupun kita nampak dia tidak sibuk..tetapi dia sibuk sebenarnya, kita je yang tak tahu.

Faktor lain yang boleh kita andaikan dengan masalah bosan boleh dikaitkan dengan mood kita kala dan ketika itu. Biasanyalah...mood seseorang itu banyak dipengruhi oleh faktor kewangan yang menjadi 'satu perkara penting dalam kehidupan'. Kalau tidak percaya, kita lihat rakan2 kita sewaktu hari gaji....kebanyakannya mempunyai mood yang baik....berbanding dengan sewaktu poket tidak meriah....ada je yang tak kena..

Berbalik kepada topik kita tadi, hari bosan sedunia ini boleh dikatakan disambut pada tiap2 hari...tetapi bukan serentak pada semua orang..mungkin 1 juta, 2.5 juta ke...manalah tahu sebab penduduk di dunia ini ada berbilion2......
Hari seseorang itu datang paling tidak pun setahun sekali, malah kadang kala ada yang datang sebulan sekali, malah yang tiap-tiap hari pun ada. Bagi yang tidak reti buat apa2..

Merujuk pekara 'bosan' ni, merupakan kata adjektif yang merujuk kepada 'perasaan'. Sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur secara objektif. Kita dapat lihat perasaan seseorang itu dengan merujuk kepada tingkah laku serta perbuatan.
kalau nampak meriah je dan kadang2 terlebih galakpun, itu tandanya seseorang itu tidak bosan pada hari itu, berbanding dengan tingkah laku pihak yang satu lagi ni yang menyebabkan kita juga merasa bosan. Apatah lagi yang empunyai diri.

Semoga anda pada hari ini bukanlah salah seorang yang menyambut "Hari Bosan Sedunia"

Sekian...
Catatan mengarut sempena "Hari Bosan Sedunia"

Saturday, April 18, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 2 ( LADAP)


Salam buat semua....
Alhamdulilah...baru2 sekolah aku di bawah unit LADAP telah mengadakan satu kursus kepada guru2 mengenai Pengintegrasian ICT dalam P&P yang mana satu syarat kepada kakitangan kerajaan untuk melengkapkan 7 hari berkursus dalam setahun.

Tambahan pula sebagai penyelaras LADAP sekolah, tanggungjawab mengelola kursus2 tersebut terletak di bahu aku.

Jadi, dengan title Penyelaras Bestari sekolah yang sememangnya tak seberapa banyak pun ilmu ICT, maka aku buatkan satu kursus kepada rakan2...rupa2nya sambutan amat menggalakkan...
kandungan kursus yang diterapkan adalah....

Pengurusan Makmal Komputer

a) Peraturan makmal

b) Penjagaan alatan

c) Penggunaan NetOp School

Rangkaian

a) Alamat Internet Protokol (IP)

b) Sharing file

c) Sharing printer


Pengurusan Anti Virus

a) Update anti virus

b) Scan file

c) Repair, modify dan remove anti virus


Microsoft Word 2003 dan 2007

a) Kaedah menghasilkan booklet, import picture, edit picture, table dan sebagainya dalam word 2003 dan 2007

b) Menyimpan file dalam word 2007 untuk dibuka dalam word 2003


Copy file .

Burning CD dan copy file dari CD


Zoom-a.com

a) Pendedahan secara umum .


Microsoft PowerPoint

a) Pendedahan secara ringkas

b) Menghasilkan bahan P&P menggunakan perisian PowerPoint .


Secara umumnya, objektif yang cuba aku terapkan adalah tercapai...dalam 80 % aje...OK le tu...

sekarang ini, dah ada 2 kursus dijalankan....ada 3 kali lagi....


Rupa2nya kawan2 aku ni pandai masa kursus je...lepas tu apabila ada masalah....aku juga yang dicarinya.


Setakat ini sebarang masalah ICT kat sekolah ni dapat aku selesaikan dengan baik....Alhamdullilah..



Itu semua memeningkan kepala aku je......

Sunday, April 12, 2009

ini lah keluarga aku...






Buat isteri dan anak2 ku....tanpa kamu semua.....alangkah sepinya hidup ini..

Kejohanan Pingpong Antara KRT Daerah Bera 2009

Salam buat semua.....
Pada hari ini , aku telah terlibat dalam aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Satu kejohanan pingpong te;ah dijalankan di dewan SM Purun, yang mana penyertaannya terdiri dari KRT yang ada dalam daerah Bera ini. Namun hanya 8 pasukan sahaja yang mengambil bahagian.
Dalam kejohanan itu, pasukan Seri Kerayong telah muncul sebagai johan, manakala pasukan Tementi naib johan. Tempat ke 3 dan ke 4 ialah dari pasukan Purun yang bertemu sesama sendiri.

Memang sibuk, hari ini...apatah lagi tugas sebagai seorang bendahari KRT Purun yang menguruskan kewangan bukannya suatun perkara yang mudah...Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...walaupun sebagai AJK Kuat....namun penglibatan dalam hal mengurus seperti menjadi pengadil juga terlibat sama...

Dan di hadapan rumah mak kat Mayam pula ada kenduri khawin...kena juga pergi...kalau tidak nanti apa kata jiran2 kat kampung..maka pergi juga la makan nasi lebih lurang, sedangkan hati risau je pasal pertandingan pingpong tersebut.

Betullah kata orang...pengalaman mendewasakan kita...apatah lagi dengan pengalaman2 lepas, banyak mengajar aku tentang pengurusan masa...

Thursday, April 9, 2009

Kursus Tekno-gem Daerah Bera 2009

Hari ini dah berakhirnya kursus yang saya kira amat merelakskan yang bermula pada 7 hb April hinngalah ke hari ini.
Semua pesertanya terdiri dari guru-guru penyelaras ict sekolah2 dalam Daerah Bera.
tempat kursusnya di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.

Tapi kena ingat, kursus tu bukannya habis di situ saja...balik ke sekolah kena buat kerja lah pulak.....

sekian, terima kasih

ni gambar tiada kaitan ngan kursus tu ye... tu yg baju biru tu sayalah orangnya. gambar ni memaparkan guru2 Sk Felda Purun sedang berdiri di hadapan pokok bunga raya iaitu aktiviti menanam pokok bunga raya sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun lepas.

Ini pula gambar semasa Sambutan Maulidurrasul yang diadakan pada bulan Mac yang lalu. Dalam program ini, perarakan diadakan sejauh lebih kurang 2 KM dan pada hari tersebut, kesemua yang terlibat lejut ditimpa hujan...tu yang berbaju perang tu emmmmm..