Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, August 6, 2009

Aktiviti mengutip buah perah

Salam

Petang tadi, lebih kurang pukul 3 petang, dalam 8 orang rodong2 koi pakat pergi mencari buah perah. Cadangnya nak menghala ke hutan bersebelahan Bukit Pensen, tapi tukang nunjuk jalan pulak tak balik2 lagi potong buah sawit.

Bincang punya bincang, si Cikgu Yus mencadangkan pergi ke Kg Asli tempat anak murid dia tinggal iaitu Kawasan Blok 6 Felda Mayam, menghala ke ladang mertua koi kat blok D nun.

Sampai aje kat situ, si anak murid Cikgu Yus ni seramai 4 orang, bawak lah kome pergi lokasi buah perah yang ada kat situ. Apa lagi, sampai aje.....terus ajelah ngutipnya.

Buah perah ni, pokoknya tinggi, buahnya pulak lebih kurang macam buah getah jugak pesen dia sebab bila gugur, buah ni ada selaput kulit yang isinya berwarna kemerah-merahan.

Tugas kome, pergilah sekeliling kawasan bawah pokok, sambil ngais2 daun kering nak cari buah yang telah gugur. Letih jugaklah ngutipnya....

Mengikut kata oranglah, buah ni kalau tak pandai memasaknya, boleh menyebabkan mabuk apabila memakannya. Sekurang2nya 3 kali salin air baru dikira dah masak sepenuhnya. Sebelum tu, jangan cuba2lah nak makan, silap2 masuk hospital. Tapi, tadi koi nengok budak asli tu makan mentah2 buah tu, tak apa2 pun. Gamaknya mungkin perut dia orang dah semulajadi kot, sebab tu tak apa2 pun.

Tapi, kalau sekali makan, rasa buah ni memang sedap. Rasa dia macam sikit2 rasa kacang, lemak dan lembut. Nak pulak kalau pandai buat jeruk bersama petai, lagilah sedapnya bila dimakan bersama nasi.

Kot mana pun, sebabkan dah musim buah tu kat dalam hutan, nak pulak kalau nak beli, kadang 2 ada dan kadang takde orang menjualnya, jadi kome mengambil keputusan pergi cari sendiri biar puas hati. Paling tidakpun sorang 2 hingga 4 kg jugaklah dapat bawak balik.

Rumah kediaman penduduk kat situ. Masih lagi dicengkam asli semulajadi.

Pemandu pelancong yang terkejut dengan kehadiran penggemar buah perah yang tiba2 muncul tanpa disangka

Salah satu pokok perah yang bapok le sayup ninggi. Tak nampakpun buahnya kat atas nun

Sampai terduduk keletihan disebabkan buah perah




Aktiviti menguis daun2 kering untuk mencari buah tersebut.



Inilah buah perah yang belum direbus. Kalau dah direbus, warnanya akan bertukar menjadi hitam legam.
Malamnya pakat rebus buah tu. Tu atas api tu sekawah sedang nunggu untuk dimakan ramai2.


4 comments:

Relevan said...

Caya lah cikgu hj Jang..buah perah buat asam rom..pas te masok dgn baung kenerok..+ pucuk paku..bapok sedap nye cikgu..mertua lalu blkg pasti tak nampak..kalu mertua lalu kat dpn kita buat tak nampak..he he

saharul said...

Betul sangat le cakap awok tu. koi dah rasa dah malam kelmarin dulu tu, masa rodong koi masak dan jamu kat kita orang. memang betul2 sedap, walaupun baru lepas makan nasi, tapi disebabkan selera pada gulai tu...tok usah ceritalah.....tapi, memang best.

anis said...

nak rasa gak...buleh pos ke?? huhuhuhu

Anonymous said...

Salam.. bila musim dia.. mana kedai jual buah ni..?